"Seafood..." -Fariz membesarkan matanya menuding jari ke arah seekor lobster rebus bersaiz besar.
"Eee..." -Zuril meremang memeluk tubuhnya.
"Ceh,lobster je pun.Aku pun ada." -Darish muncul di hadapan meja hidangan makanan laut itu.
"Darish." -Zuril dan Fariz terkejut memandang Darish.
"Ish,asal korang ni? Asyik-asyik buat muka macam tu asal nampak aku je.." -Darish dengan wajah rimas dan marah.
"Ehehe sorry.." -Zuril dan Fariz
Mata mereka tidak lekang pula dari memandang Darish.Masing-masing membayangkan watak anime yang serupa dengan Darish.
'Apa kena diorang ni?' ~desis Darish mula berdebar-debar dipandang mereka sebegitu.
Dia mengalih pandangan ke bawah ke arah seekor lobster rebus gergasi tadi.
Zuril dan Fariz menyedari riaksi Darish yang berubah.Mereka berpandangan."Err Darish.. kau ada apa tadi?" -Fariz
"Lobster." -Darish mengangkat pandangannya semula.
"Lobster." -Zuril dan Fariz kaku.
"Besar ni..?" -Fariz dengan mata terkebil-kebil.
"Ya.." -Darish memutarkan bebola matanya.
"Err.." -Fariz tidak hendak membalas apa.
"Kita ubah topik lain lah.. kau joking je kan.." -Zuril
"Takpa.. kitorang tak ambil serius.." -Fariz
'Jap,diorang ni...' ~desis Darish mulai syak sesuatu.
Dia melihat wajah Zuril dan Fariz yang seakan-akan malu dan tidak senang.Darish membungkam.
"Arh! Gila lah korang ni! Mana ada aku cakap pasal benda tu!" -Darish marah bercampur panik.
Zuril dan Fariz pantas memandang Darish.
"Aku memang ada lobster lah dekat rumah! Warna merah tau! Bukan rebus tukar warna merah! Memang warna merah tau!" -desis Darish meyakinkan Zuril dan Fariz.
"Err Darish..." -Zuril dan Fariz melihat ke sekeliling.
Darish terdiam memegang mulutnya.Pelajar-pelajar jemputan berdekatan situ sudah melihat ke arah mereka.
"Err makan makan." -Zuril dan Fariz tersenyum
"So Darish.Kau bela lobster lah kiranya.." -Fariz sengaja mahu menghilangkan kemarahan Darish.
"Ya.." -Darish menjelingkan mata.
"Kenapa kau bela lobster?" -Zuril juga sama niat dengan Fariz.
"Haah,dah takda haiwan lain dah ke selain haiwan laut?" -soal Fariz teringatkan Todoroki haiwan peliharaannya yang juga merupakan hidupan laut.
"Aku bela lobster? Takda haiwan lain?" -Darish
Zuril dan Fariz mengangguk-ngangguk mengiyakan soalan yang diulang Darish.
"Aku bela lobster sebab... aku tak boleh makan lobster.. sebab tu aku bela lobster.Kalau aku bela haiwan lain.. Dah lama dah mati..." -Darish tersenyum yang menyeramkan.
"Sebab..?" -Zuril dan Fariz terdiam memandang Darish.
"Sebab aku hisap darah diorang." -Darish tersengih
Zuril dan Fariz menelan air liur memandang Darish.
"Huh! Itu pun susah sangat nak faham!" -Darish berjalan pergi dari situ.
Zuril dan Fariz berpandangan.
'Suka hati aku lah! Aku nak bela lobster ke! Ikan paus ke! Dinosour ke! Diorang kesah apa?' ~Darish berjalan pergi dari situ.
YOU ARE READING
Duyung Delima
ФэнтезиMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...