Episode 176:Balik Ke Rumah

22 2 9
                                    

Selesai solat Jumaat di masjid Kampung Sri Keruing itu.Mikail pulang ke rumahnya.Dia tiba di hadapan rumahnya.

"Assalamualaikum mak.. Mikail pulang..!" -Mikail memarkir motornya di hadapan rumah beratap depan itu.

"Oh,anak mak dah balik..! Mikail tolong siramkan kejap pokok bunga dalam pasu depan rumah tu..! Mak tengah memasak kat dapur ni..!" -Puan Mikayla dari dalam rumah.

"Pokok bunga? Pokok mana pulak mak..?!" -Mikail menjerit bertanya dari luar rumah.

"Yang dekat depan dinding tepi rak kasut tu..! Depan motor Mikail parking agaknya..!" -Puan Mikayla

"Mana...?" -Mikail berjalan ke hadapan motornya.

'Eh,pokok bunga kertas merah..? Sejak bila mak beli pokok ni? Tak pernah tengok pun..' ~desis Mikail

"Jumpa tak Mikail...?!" -Puan Mikayla

"Oh ada ada mak..! Mikail siram dulu..!" -Mikail

"Baik..! Selesai masuk dalam makan ya..!" -Puan Mikayla

"Okey mak..!" -Mikail

'Fuh.. Lawa jugak pokok ni.. Walaupun aku tak suka bunga.. Tapi aku cakap bunga ni lawa.. Kira memang lawa lah bunga ni kan..' ~desis Mikail menumpukan perhatiannya ke arah pokok bunga kertas merah itu.

"Kecik lagi ni.. mesti mak nak besarkan.Pastu taruk depan rumah lagi.." -Mikail berjalan menuju ke pili air yang hanya terletak di sebelah dinding rumah itu sahaja.

Tangan baju melayunya yang berwarna merah di kedua belah tangannya itu diselak.

"Eh,patutlah aku puji lawa pokok tu.. Baju melayu yang pakai ni pun warna merah.. Tapi warna favourite aku kuning dho.." -Mikail memulas pili air di sebelah rumah itu.

'Dah lah,baik aku siram cepat.. Boleh masuk makan cepat..' ~desis Mikail terus menarik paip getah air itu menuju ke atas kawasan parking hadapan rumah itu.

Pokok bunga kertas merah itu disiram Mikail sambil menyanyikan lagu.

"Di dalam hidup kita seharian..
Ada persamaan inginan...
Mencari harta sebanyak mana...
Masa terdaya... aa..

Bila menteri menyuluh bumi...
Kita pun bangkit dari mimpi...
Menyambung semula pencarian yang terhenti semalam... am..." -Mikail menyanyikan lagu Kita Akan Dijemput daripada Ukays.

Nazira berjalan keluar dari rumahnya dengan selendang merah yang siap di sarung di kepalanya.

"Kepuasan terpancar jelas..
Bila yang dimimpi terbukti..." -Mikail menyanyi

'Eh.. suara siapa tu? Mikail ke..?' ~desis Nazira berjalan perlahan-lahan di sebelah rumah Mikail.

"Dengan kekayaan yang dimiliki..
Masih tidak lagi... mencukupi... ii.. " -Mikail menyanyi

'Wow,boleh tahan merdu suara dia ehh..' ~desis Nazira tersenyum menikmati nyanyian Mikail itu.

"Memang begitu sikap manusia...
Tidak puas dengan yang ada....
Seolah harta di dunia bisa..
Bawa ke sana..." -Mikail menyanyi tanpa sedar Nazira sedang mengintainya dari sebalik dinding.

Nazira mengangguk-ngangguk setuju dengan lirik yang dinyanyikan oleh Mikail itu.

"Kita terlupa...!
Harta yang nak dibawa...
Amalan seharian...!
Itu..! yang pasti harus di hati....!" -Mikail masih kusyuk menyanyi.

'Wah..! Dia pun pandai highnote lah!' ~desis Nazira tersenyum kagum.

"Sudah terlewat...
Bila tubuh terbujur kaku...." -Mikail

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now