3 hari kemudian...
Hayra melipat bajunya di atas katil hospital.Dia memandang ke tingkap lalu menyelak helaian rambut di hadapan dahi kirinya perlahan.Terlihat parut kecil di dahinya.
'Nasib baik boleh cover dengan rambut hadapan kiri ni.. Lagi pun style rambut aku memang macam ni... Alhamdulillah..' ~desis Hayra sambil mengusap parutnya.
"Hayra.." -Puan Haysha menegur Hayra dari belakang.
Puan Haysha duduk di sebelah Hayra.
Hayra kembali menyambung lipat bajunya."Hayra...Ma..nak minta maaf dekat Hayra..Ma tak harap pun semua ni terjadi..Dan ma tahu ma tak sepatutnya rahsiakan Hazra dari Hayra.Ma cuma..tak mahu kehilangan Hayra pula..." -Puan Haysha
"Takpa..Hayra faham..." -Hayra memandang ke bawah sambil bermain jari-jarinya.
Puan Haysha memegang tangan anaknya Hayra sambil memandang ke wajah anaknya.
"Lepas ni..Ma dah tak nak Hayra lupakan Hazra..Lepas ni ma nak Hayra mengingati Hazra untuk selama-lamanya...Cuma jangan ingat yang Hazra masih ada dengan Hayra...Tapi ingat.. yang Hazra sudah tiada di sisi Hayra..Dia sudah pergi meninggalkan kita...Tapi hanya satu sahaja dia tinggalkan pada kita..." -Puan Haysha
Puan Haysha memandang ke mata Hayra mengharapkan jawapan.Hayra memandang ke mata ibunya.Matanya merambang dan terlihat kelibat Hazra yang tersenyum memakai baju pesakit perempuan.Lantas Hayra menyebutkan jawapan itu...
"Kenangan..." -Hayra
Puan Haysha tersenyum lalu memeluk Hayra sambil mengalirkan air mata.Hayra turut mengalirkan air mata.Kini dia memejamkan matanya.
Mata Hayra dibuka dan kelibat Hazra sudah menghilang.Kenderaan keluarga Hayra keluar dari tempat parking Hospital.Hayra sempat memandang ke tingkat hospital di tempat katilnya tadi.Kenderaan itu bergerak perlahan.
Sesuatu menarik perhatian Hayra.Hayra mulai memandang ke tingkap tempat bahagian katilnya tadi.Benar saja,kelibat Hazra muncul di situ lagi.Kenderaan mulai bergerak laju meninggalkan perkarangan hospital.
'Kenapa Hazra sering muncul di katil aku..?" -Hayra mulai merasa ingin tahu.
Setibanya di perkarangan rumah nenek Hayra...
"Hayra!" -Airas dan Zuril
Hayra memeluk rakan-rakannya itu.
Airas dan Zuril memasukkan beg Hayra ke dalam rumah."Hayra,jaga diri elok-elok okey..Ingat apa yang ma pesan..." -Puan Haysha
"Okey.." -Hayra menyalam dan memeluk ibunya.
"Yang penting jaga diri Hayra baik-baik..Kalau ada masalah cerita dekat pa dan ma atau kawan-kawan kamu ni.." -Encik Haiman
"Baik pa.." -Hayra menyalam ayahnya.
Hayra turut memeluk adik-adiknya.
"Bye..Kak Hayra!" -Hayyan dan Hayyad melambaikan tangan ke arah Hayra.
"Bye.." -Hayra
Kenderaan keluarga Hayra bergerak keluar dari pekarangan rumah nenek Hayra.
"Weyh..kau dah okey ke?" -Airas
"Okey.." -Hayra tersenyum.
"Haha,nasib baik..Ingat ada split personality pulak ke.." -Zuril
"Ish..kau ni!" -Airas menepuk bahu Zuril.
"Gurau..." -Zuril
"Eh..korang! Jom ikut aku!" -Hayra menarik tangan Airas dan Zuril.
Mereka masuk ke dalam rumah.Pintu rumah dikunci.
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasyMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...