"Buah berangan buah bidara,
Buah cermai buah markisa;
Gambar kenangan diambil kamera,
Manisnya sampai sini terasa."
-Pengacara majlisPengerusi dan Penolong pengerusi Kenanga tersenyum malu mendengar pantun itu.Hayra dan Kamarul tersengih menjeling Pengerusi dan Penolong pengerusi Kenanga.
"Bertuah betul budak dua orang ni.." -Penolong pengerusi Kenanga menjeling tajam Hayra dan Kamarul.
"Jangan nakal sangat nanti kamu berdua pulak jadi macam ni.." -Pengerusi Kenanga
Hayra dan Kamarul berpandangan.
'Aku dengan Kamarul.. Memang tak lah!' ~desis Hayra menjeling Kamarul sinis.
'Aku dengan si Hayra ni.. Jangan lah...' ~desis Kamarul menjeling Hayra sinis.
"Saya pasti kamu semua berasa teruja dan gembira untuk mengetahui rumah sukan terbaik tahun ini jatuh kepada rumah sukan apa..." -Pengetua
Ahli rumah sukan di situ masing-masing mengangguk.
"Tapi sebelum itu,saya ingin menjemput Ustaz Kamaruzzaman,tetamu istimewa kita untuk menyampaikan tali bekung kepada setiausaha dan penolong setiausaha rumah Kenanga,Meranti dan Keruing.. " -Pengetua
"Dengan ini,saya menjemput Ustaz Kamaruzzaman untuk datang ke hadapan begitu juga dengan setiausaha dan penolong setiausaha dari ketiga-tiga rumah sukan ini.." -Pengetua
"Bapa kau Kamarul!" -Fariz
"Shutss.." -Kamarul
Fariz dan Ahmad menjeling Kamarul.Kamarul mulai berdiri.
"Hayra,jom." -Kamarul
"Herhh.." -Fariz dan Ahmad
Hayra,Kamarul,Intan,Haris,Irfan dan Melur datang ke hadapan.Masing- masing telah memberi pingat tadi kepada cikgu rumah sukan mereka.
"Kedudukan macam tadi ya.. Ikut persembahan pencak silat.." -Pengetua
Mereka mengangguk.Mereka berdiri di posisi seperti tadi.Hayra dan Kamarul di tangga pertama.Intan dan Irfan di tangga kedua.Haris dan Melur di tangga ketiga.
Ustaz Kamaruzzaman berbaju melayu dan berseluar hitam.Dia tersenyum memandang mereka.Tali bekung diambil satu-persatu dari penyampai hadiah.
Haris dan Melur meletakkan tangan ke hadapan.Ustaz Kamaruzzaman meletakkan tali bekung di atas tangan mereka.
Hayra tersentak.Kini di baru teringat tentang tangan kanannya.Riak wajahnya mulai berubah.
Haris dan Melur menunduk hormat lalu mengikat tali bekung hijau itu di pinggang mereka.
Giliran Intan dan Irfan tiba.Tali bekung biru diberikan Ustaz Kamaruzzaman.Mereka mengikat tali itu di pinggang lalu menunduk hormat.Hayra tidak dapat duduk tenang.Kedua tangannya digenggam.
Dia segera meredakan fikirannya.Tidak mahu Kamarul mendengar desis hatinya.
'Apa yang Hayra bimbangkan..?' ~desos Kamarul
Kamarul memekakan telinganya.Namun dia tidak dapat mendengar desis hati Hayra.
'Macam mana dia buat? Dia tak fikir apa-apa? Tapi macam mana?' ~desis Kamarul
Kini Kamarul sedar.Hayra bukan calang-calang orangnya.Di saat seperti itu dia masih boleh menahan fikirannya.
Malah desis hati Intan,Irfan,Haris dan Melur yang justeru terdengar oleh Kamarul.
Ustaz Kamaruzzaman berhenti di hadapan Hayra dan Kamarul.Seperti biasa,Ustaz Kamaruzzaman mendahulukan kaum hawa.
Tangan Hayra mulai menggeletar.
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasiaMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...