Episode 82:Sapu Tangan Biru

24 5 9
                                    

Hayra,Airas dan Zuril tiba di parking motor.

"Airas,Zuril.. Korang tak perlu risau okey pasal tadi.. Aku okey je.. happy sangat tadi.." -Hayra

Airas dan Zuril memandang Hayra.

"Okey.." -Airas dan Zuril tersenyum.

Walaupun mereka sebenarnya sangat risau.Namun,masing-masing tidak mahu memburukkan lagi keadaan.
Mereka segera bertolak pulang ke rumah.

Kamarul masuk ke dalam rumahnya.Adik dan ayahnya tiada di rumah.

Pintu ditutup.Dia terus duduk di sofa keletihan.Kamarul duduk termenung di sofa.Dia teringatkan kejadian di sekolah tadi.

Kamarul_Flashback.

Syahril menendang bola itu kuat namun mengenai tiang gol.

"Huh.." -Kamarul memegang dadanya.

"Nasib bro.." -Ahmad memegang bahu Kamarul.

Kamarul masih memegang dadanya.Dia kelihatan berpeluh-peluh dan tertekan.

"Kamarul? Okey akk?" -Ahmad memandang wajah Kamarul.

"Okey.." -Kamarul segera menurunkan tangannya.

_______________

'Sihir lagi.. Tak habis-habis lagi!'
~desis Kamarul menjeling Mikail.

"Oops.." -Mikail tersenyum mengangkat kedua belah tangannya dan berlalu pergi.

'Terbuka macam ni pun.. Kau masih berani Mikail..' ~desis Kamarul memandang ke bawah.

Kamarul memegang dadanya lagi.Terasa senak di situ.

_______________

‘Ya Allah.. sudahlah Hayra..’ ~Kamarul memegang dadanya

Nafasnya mulai naik dan turun dengan laju.

"Kamarul?" -Fariz dan Ahmad.

Tangan Kamarul segera diturunkan.

"Kamarul." -Ahmad memegang bahu Kamarul.

"Kenapa?" -Kamarul tersenyum

"Ya Allah Kamarul." -Fariz perlahan memegang bahu Kamarul.

End_Flashback.

“Macam mana penyakit tu boleh datang balik?” -Kamarul

Kamarul memejamkan matanya cuba mengingati kejadian yang terjadi di sekolah tadi.

‘Masa Mikail guna sihir dia untuk jatuhkan aku tu ka..?’ ~desis Kamarul

‘Atau...’ ~desis Kamarul

Kamarul mulai teringat tentang Hayra yang menggenggam tangan kanannya yang berbalut tali bekung merah sambil tersenyum ke arahnya.

Mata Kamarul terbuka.Dia cuba mengingati ke belakang lagi.

“Tali bekung merah... Sapu tangan ummi!” -Kamarul membungkam.

Dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam biliknya.Laci rak yang terletak di sebelah katilnya dibuka.Sebuah peti kayu kecil ukiran kaligrafi dikeluarkan dari situ.

Dia duduk di atas katil.Peti itu segera dibukanya.Kamarul merenung sapu tangan yang hangus itu.

Matanya membungkan.Dia mengangkat sapu tangan itu.Kamarul mulai teringat saat pemberian sapu tangan itu.

Kamarul_Flashback.
4 tahun yang lalu...

Kamarul masuk ke dalam bilik wad ibunya.Ibunya terbaring di atas katil pesakit.

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now