Episode 152:Strawberry,Peanuts & Seafood

7 2 8
                                    

Kamarul dan Ahmad perlahan duduk di kerusi sedang Fariz yang masih lagi terdiam berdiri.

"Fariz duduk.." -Hayra memandang wajah Fariz.

Fariz duduk di tempat duduknya semula.Hayra hanya memandang ke bawah.

"Jom makan." -Hayra tersenyum

Fariz hanya mengangkat pandangannya.

"Aku lapar..!" -Hayra mulai merungut.

Tangan Zuril digerakkan-gerakkan agar Zuril menyuruh Fariz menyambung pertandingan semula.

Zuril memandang ke arah Fariz.

"Okey,okey.Jom kita mula rasa." -Fariz

"Siapa nak mula dulu?" -Ahmad juga sudah mula bersuara.

"Kitorang tak nak mula dulu.." -Airas tersengih

"Kamarul.. kita mula dulu." -Hayra tersenyum memandang ke arah Kamarul.

Kamarul memandang ke arah Hayra.
Angin mulai terasa bertiup lembut di kawasan itu.

"Hmm okey.." -Kamarul tersenyum

Zuril perlahan menaikkan tangannya ke belakang badan Hayra menarik tangan kiri Hayra yang berada di atas meja turun ke bawah.

Airas pula sudah mengusap dadanya lega melihat tindakan Zuril itu.

Ya,mereka melihat batu delima pada cincin Hayra sudah mula menjadi terang.

"Baiklah,kumpulan Delima Merah.. Sila perkenalkan hidangan makanan anda.Hayra,Kamarul." -Fariz tersenyum memandang Hayra dan Kamarul.

'Saya mula dulu.' ~desis Hayra tersenyum.

Kamarul tersenyum mengangguk.

"Makanan yang kitorang masak bagi pertandingan memasak ini ialah Spaghetti Bolognese Kamayra.." -Hayra tersenyum menunjukkan sepinggan Spaghetti Bolognese yang dimasak oleh Kamarul tadi.

Mereka dia situ semua tertumpu ke arahnya seakan ada yang tidak kena.

Sebenarnya apa yang dilihat seakan tidak kena pada Hayra ialah rambut Hayra yang kelihatan terbang seakan-akan angin kuat menghala ke arahnya sedangkan angin di situ hanya bertiup perlahan.

"Guys..? Erm.. yah... Spaghetti Bolognese Kamayra.." -Hayra merasa hairan melihat rakan-rakannya.

Kamarul,Fariz dan Ahmad mula melihat ke sekeliling mencari dari mana datangnya angin itu.

"Err.. kenapa spaghetti korang bubuh nama Kamayra?" -Airas cuba menarik perhatian mereka.

"Gabungan dari Kamarul dan Hayra." -Hayra

Kamarul mengangguk-ngangguk tersenyum walaupun dia sebenarnya masih kebingungan dari mana datangnya angin yang meniupi Hayra.

"And... dekat atas spaghetti ni ada.." -Hayra terhenti

Tangannya kirinya yang hendak dinaikkan ke atas meja ditahan Zuril yang berada di sebelahnya.

"Hayra,why are you so windy?" -Ahmad mula menyuarakan tentang perkara itu.

"So windy..?" -Hayra kebingungan.

Angin itu semakin pudar pula.

"Thanks.." -Hayra tersenyum riang.

Angin tadi semakin kuat semula.

"What is that..?" -Fariz perlahan kebingungan melihat-lihat sekelilingnya.

Kamarul dari tadi hanya memandang ke arah Hayra kerana merasakan memang ada sesuatu yang tidak kena pada Hayra.

"Hayra,you so cute!" -Airas menuju ke arah Hayra.

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now