BAB 3

128 15 2
                                    

PECAH lagi empangan air mata Peach. Kali ini tangisannya bercampur geram dan dendam. Menggigil satu badannya menahan amarah. Perlahan-lahan Peach bangun, lutut dan sikunya berdarah dibiarkan. Seluar yang dipakainya juga terkoyak sedikit tidak dihiraukan lagi.

     "Berani kau ya nak bertengkar pulak dengan anak aku. Kau berambus sekarang! Aku dah menyampah tengok muka kau! Berambus!" teriak makcik June.

Peach mengangkat bagasinya dan terus pergi dari situ. Sedikit pun Peach tidak menoleh kearah makcik saudaranya dan Maya. Kalau dia lagi lama dihadapan mereka, Peach risau kalau dia boleh berubah fikiran untuk..

..membunuh sahaja dua manusia itu sampai mati.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

PENATNYA, macam nak patah pinggang ni, luahnya dalam hati. Peach sudah tiba di kawasan rumah sewanya, rumah flat kos rendah 5 tingkat. Mujur Peach sudah mendapat kunci dari tuan rumah seminggu yang lalu. Peach memilih tingkat yang paling atas, kerana sewanya jauh lebih murah.

     Setelah Peach berunding dan meminta dikurangkan sedikit bayaran sewanya, akhirnya tuan rumah bersetuju untuk memberi harga sewa sebanyak RM500 sebulan. Kalau bab tawar menawar, bagi sahaja pada Peach. Dia memang jaguh bab itu.

Ting!

Bunyi notifikasi WhatsApp, menandakan ada mesej masuk. Peach melihat sekilas. Nama Maya terpampang di layar telefon. Nafas dihela panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

Apa lagilah yang dia mahu? Tak cukup lagi tadi dah tolak aku, sindir, lempang, rosakkan bagasi.

Ting!

Ting!

Ting!

Omelan Peach terhenti apabila notifikasi WhatsAppnya masuk bertalu-talu. Malas betul dia mahu baca, kalau mesej dari orang lain ada lah juga mood dia hendak membalas. Ini tidak, dari sepupu dia yang paling dia benci. Geram! Mahu tidak mahu, Peach membaca juga mesej yang dipesan oleh Maya. Risau kalau ada hal penting yang mahu disampaikan.

Pembunuh, nanti send alamat rumah sewa buruk kau dekat aku. Bukan apa takut kau buat-buat lupa je, sebab tak sanggup nak bayar 20k kan.

HAHAHAHAHAHA

Pastikan kau balas eh whatsapp aku ni pembunuh. Kalau tak, kau yang aku bunuh!

Btw lagi satu, jangan cuba-cuba nak lari. Nanti bila-bila aku free, aku datang lawat rumah baru kau yang cantikkkk sangat tu.

Peach tidak hiraukan pesanan yang di hantar Maya, tetapi matanya hanya tertancap pada satu perkataan.

Pembunuh.

DENDAMWhere stories live. Discover now