LAJU Sage memacu keretanya, dengan perasaan debar yang hebat menyelubungi diri. Perasaan takut yang tak dapat dikawal lagi. Otaknya hanya memikirkan keselamatan isterinya.
Kau memang tak guna Noah, kau tunggu balasannya nanti. Desis hatinya.
Kereta Range Rover meluncur ke dalam perkarangan rumah. Kelam-kabut Sage keluar dari perut kereta dan berlari menghampiri pintu rumah.
"Nayra! Nayra! Sayang!"
"Noah, keluar kau! Noah!"
Tiada satu pun sahutan Sage dibalas. Rumahnya sunyi, sepi. Kini, Sage berlari menuju ke tingkat atas pula.
"Noah! Keluarlah, kau jangan nak main-mainlah dengan aku!"
"Sayang..sayang..nyahutlah.."
Sage memeriksa setiap bilik yang ada di atas, tetapi kelibat Nayra mahupun Noah langsung tiada. Sage semakin resah, Ya-Allah apa aku nak buat ni. Bisiknya dalam hati.
Sage membuka pintu tandas di dalam biliknya, alangkah tergamam Sage melihat ada beberapa titisan darah di lantai, tandasnya juga kelihatan basah, bersepah, air pancut juga di biarkan terbuka.
Ting.
Ting.
Ting.
Bunyi deringan notifikasi masuk, cepat-cepat diseluk poket sakunya dan dibuka mesej yang dihantar oleh Noah.
Beberapa keping gambar Nayra dihantar. "Nayra..."
Terduduk.
Kaku.
Beku.
Tak henti-henti nama Allah disebut dalam hati. Terpampang jelas gambar isterinya yang basah lencun terbaring lemah di dalam tab mandi tandasnya. Ada kesan darah yang mengalir di dahi, dan hujung bibir. Pergelangan tangan dan kaki diikat ketat dengan cable tie.
Ada satu video juga dikirim, menggigil-gigil tangan Sage mahu membukanya. Diusap wajahnya perlahan, dikawal emosinya, keluhan berat dilepaskan sebelum Sage memutarkan video tersebut.
Allahuakbar..isteri abang..Nayra..
Wajah Nayra yang lemah dan pucat ditampar-tampar kecil oleh Noah. Rambut Nayra juga ditarik didalam video tersebut. Menampakkan lagi wajah sugul isterinya yang mengerang kesakitan dek direntap kuat rambutnya.
"A..bang.." Hanya itu yang terluah dimulut Nayra didalam video.
Sage lantas menutup video tersebut. Tidak sanggup dia mahu melihat sehingga habis.
Kau memang jahanam Noah!
Nombor Noah di dail semerta.
"Angkatlah! Angkatlah call aku..Kau bawa lari mana isteri aku Noah!" Kolam empangan matanya pecah, sebak didada tidak dapat ditahan lagi. Sage tersandar di dinding, buntu. Entah ke mana Noah bawa isterinya pergi. Nombor yang didail juga sengaja Noah tidak menjawab.
Ting.
Sekali lagi bunyi notifikasi berbunyi.
Laju tangannya membuka notifikasi baru yang dikirim Noah.
Pergi dekat cermin besar ruang tamu. Ada jawapannya kat situ. Aku bagi masa 30 minit, pastikan kau datang seorang diri. Jangan libatkan polis atau sesiapa sekali pun. Ingat! 30 minute from now. You late, she die! Bang!
"Bangsat kau Noah, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau kalau kau apa-apakan isteri aku." Telefon digenggam erat, Sage mengumpulkan semula semangatnya.

YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...