PEACH mengesat matanya beberapa kali, ditenyeh-tenyeh kelopak mata yang terasa gatal. Lambat-lambat mata dibuka, matahari juga sudah tegak diatas kepala.
Ya Allah dah pukul 10 pagi, haih anak dara apa lah kau ni Peach. Terbuntang anak mata Peach melihat jam digital yang berada di meja sisi katilnya. Tubuh yang terasa berat dipaksa juga untuk bangun, direnggangkan segala urat-urat sendi yang terasa berselirat di dalam badan. Ah lega.
Peach bangkit dari katil dan ingin menuju ke tandas, tetapi langkahnya mati semerta. Mata tertancap pada kertas kecil yang berwarna merah berbentuk hati yang tertampal di cermin meja solek yang tidak jauh dari katilnya dan juga ada satu paper bag bersaiz sederhana juga.
Eh apa tu? Semalam rasanya meja tu kosong je tak ada apa-apa, Peach meneka dan bertanya-tanya.
Laju Peach menukar langkah, tangan juga laju mencapai sticky note tersebut.
"Assalamualaikum, morning my Peach. Ha bangun lambat eh? Hehe tak apa aku faham kau penat. Aku nak kau rehat puas-puas dekat rumah aku ni tau. Aku dah tunaikan juga janji aku nak bagi kau coklat. Habiskan okay? <3
Sincerely,
Bakal suami."Peach tersengih sendiri. Mulut ditekup kuat menahan tawa, geli hati baca nota comel dari Sage ni. Dari manalah kau belajar jadi sawit ni Sage? Nasib ajelah tak bersemut meja ni.
Terlebih gembira gamaknya Peach, tanpa sedar sticky note yang dipegang terus dilekapkan di dada. Macam orang jatuh cinta pandang pertama pula, minda menerawang entah kemana. Mengelamun seorang diri, saling tak tumpah macam orang angau. Niat hendak mandi juga dilupuskan terus dari benak fikiran.
"Happynya dia.."
Tersentak Peach dari lamunan apabila ada satu suara menerjah gegendang telinganya. Segala sketsa-sketsa yang bermain di ruang fikirannya tadi juga turut terbang bertebaran ke udara.
Cepat-cepat sticky note itu disorokkan dibawah paper bag. Itulah, berangan lagi. Dah lah bangun lambat, kena terjah dengan mama Sage pulak. Nasib nasib..
"Eh makcik, dah lama ke berdiri kat situ?" Peach menggigit kuat bibirnya, ah sudah soalan apa kau tanya ni Peach.
"Hehehe tak ada lama mana, barulah jugak. Memang mak cik niat nak jenguk kamu sekejap kat bilik. Nak tengok dah bangun ke belum," terang Puan Sofea. Tersenyum simpul melihat telatah Peach tadi.
"Ohhh, maaf mak cik Tessa terlewat bangun. Terlajak pu–"
"Eh tak apalah mak cik tak kisah. Ni apa yang kamu tersengih-sengih sorang-sorang tu tadi? Ni hadiah ni siapa bagi?"
Mati. Mana nak sorok ni? Nak lompat atas katil lepas tu selubung dengan selimut boleh tak? Pipi yang sudah berona merah tak dapat disorok lagi.
"Em.."
"Sage ke bagi?" Puan Sofea turut kelihatan teruja. Diangkat paper bag itu dari meja solek, dibelek-belek luarannya. Sekilas mata Puan Sofea tertancap pada nota kecil dibawahnya.
"Em mak..cik.." Peach makin tidak keruan. Nak dirampas nota tu, orang tua pula. Nampak biadap kalau Peach buat begitu. Tapi kalau dibiarkan mama Sage baca isi nota tu, alamatnya perasaan malu akan berkampung dalam diri hingga tujuh hari tujuh malam.
Mata Puan Sofea ralit membaca setiap aksara yang ditulis di nota kecil itu.
Segaris senyuman terpampar di bibir tuanya.
"Patutlah tersenyum bahagia, Sage yang bagi rupanya."
"Hehehe.." Peach senyum hambar. Kekoknya dia rasa dirinya sekarang. Malu berbakul-bakul.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...