BAB 34

63 8 5
                                    

"AWAK masuklah dulu yang, abang seganlah,"

     "Abanglah, saya pulak." lengan Tuam Scout disiku Puan Sofea. Masing-masing menolak antara satu sama lain.

Caden dan Eemir yang berdiri berdekatan dengan mereka di luar wad Peach hanya melihat teletah suami isteri yang masih ragu-ragu mahu masuk atau tidak.

Mencuit hati betul tingkah mereka, walaupun sudah berumur tapi cinta masih kelihatan muda dan mekar. Ah bahagianya, bila agaknya Eemir akan macam tu ya. Berangan jelah ya mir, berangankan percuma.

"Em..tuan puan nak masuk ke?" sapa Caden.

"Eh Caden, ha saya nak masuk tapi takut mengganggu pula dorang kat dalam."

Caden hanya mengangguk mengerti.

"Caden, Eemir, saya nak tanya sikit. Dah lama ke Sage dengan Tessa tu? Dorang dah bercinta ke? Macam mana dorang jumpa?" Soal Puan Sofea bertubi-tubi.

"Ish awak ni, busybody pulak. Tuan punya badan tak cakap apa-apa lagi, dia pulak yang over. Betul tak den, mir?"

Serentak memberi anggukan.

"Biarlah, anak kita jugak kan. Tak adalah, saya bukan apa bang. Kalau dorang bercinta pun apa salahnya, cepat kita dapat menantu, lepas tu dapat cucu.."

Tergelak kecil Caden dan Eemir, masing-masing berusaha menahan tawa dari tersembur.

"Ha Caden? Betul ke? Dorang, ada hubungan specialkan?"

Caden dan Eemir berpandangan, tidak tahu mahu menjawab apa. Kalau dibilang ya, nanti Sage menuduh mereka memandai-mandai pula. Kalau dijawab tak, tapi tengok gaya macam orang angau pun ada. Asyik termenung je kerjanya.

Ahhh buntu. Sage, tolong kami...

Pintu wad dibuka. Sage yang dimuka pintu tersentak melihat mereka berempat berkumpul dihadapan pintu wad.

"Eh kenapa ni? Ma, pa, ada marhaban ke berdiri ramai-ramai depan ni?" Sage cuba berseloroh, walaupun kedengaran hambar.

"Tak lah Tuan Sage, Puan dengan Tuan nak masuk tapi se–"

"Tessa, okay Sage? Ni tadi papa dengan mama keluar kejap pergi beli buah tangan ni ha," sampuk Puan Sofea. Tak sempat Caden nak menghabiskan ayatnya.

"Oh, masuklah ma. Tessa tengah rehat tu. Sage nak pergi makan jap, laparlah pulak."

"Ha yelah, mama dengan papa masuk dulu ya. Biar mama tengok-tengokkan Tessa."

***

NASI ayam yang dipesan Sage dimakan dengan lahap. Lapar betul macam setahun tak makan.

     "Woi, makan tu pelan-pelan lah tercekik karang." Eemir dan Caden hanya menggeleng kepala.

"Aku laparlah, semalam satu hari tak makan. Tadi pun minum air kosong je."

"Kitorang ajak kau semalam pergi makan dulu dekat kafeteria kau yang tak nak, sekarang mendapat. Perut masuk anginlah tu." Caden membebel dah, serupa macam mak nenek.

"So, sekarang apa cerita ni? Noah tu macam mana? Mak bapak kau belum tahu lagi tau apa yang Noah dah buat. Lepas tu satu hal lagi, buah hati kau ni nak tinggal mana? Tak akan nak biar dia tinggal kat rumah dia lagi. Dah lah soran-sorang," soal Eemir bertalu-talu. Hampir buntu semuanya, Noah terlepas. Nyawa Peach dan Thia dalam bahaya.

"Aku ingat nak bawa Peach tinggal rumah aku je, ada mama dengan papa boleh tolong jaga dia sementara dorang masih kat Malaysia. Haih..serabutnya." rambut dikuak ke belakang. Wajah diraup sekali.

DENDAMWhere stories live. Discover now