KRING!
Loceng terakhir sekolah sudah berbunyi menandakan tamatlah sesi pembelajaran pada hari ini dan tamatlah juga sesi persekolahan untuk tahun 2025.
Sementara pelajar lain bersorak kegembiraan, seperti tidak sabar untuk menikmati alam dewasa, Peach hanya berdiam diri. Pandangannya kosong. Baginya jadi dewasa itu tidak mudah. Dia lebih rela jika usianya tidak meningkat.
Lemah langkahnya menuju ke pintu pagar sekolah. Seakan tidak bermaya dan bernyawa dan seperti biasa,
Peach tidak akan terus balik ke rumah, dia akan pergi ke suatu tempat terlebih dahulu. Tempat kesukaan dia. Tempat dia selalu menghabiskan waktu.•❅───✧❅✦❅✧───❅•
2 TAHUN yang lalu..
13 April 2023
"Peach! Peach! Woi, tunggulah". Teriak Mateen yang dari belakang sudah tercungap-cungap berlari-lari anak sambil memanggil nama Peach.
Peach menoleh kebelakang.
"Adui boleh semput
akulah kejar kau. Kau jalan
laju-laju ni nak pergi mana?
Syurga?""Hahaha syurga abah dia," dekah Peach. Tersembur gelaknya dengan kata-kata lucu Mateen. Mateen yang termengah-mengah tidak dihiraukan langsung. Kini mereka berdua jalan beriringan di kaki lima, menuju ke rumah masing-masing.
Setelah puas ketawa, Peach kembali serious dengan keningnya diangkat sedikit dan membuat mimik mukanya yang seperti malas hendak melayan Mateen.
"Ha ada apa kau cari aku? Bukan
kau ada study group ke dengan
budak kelas kau?" tanya Peach.Setahunya, mamat di sebelahnya ini sudah beritahunya awal-awal yang dia tidak dapat balik bersama Peach sebab ingin turut serta belajar secara berkumpulan dengan kawan sekelas..
"Jap lah, bagi aku minum air
dulu. Kau bukan nak pelawa
aku minum air ke apa ke." Dengan gelojoh Mateen meneguk air mineralnya yang tinggal sekerat sahaja lagi. Cukuplah untuk membasahkan tekaknya yang kering."Okay sambung, by the way study group aku cancel hehehe. Jadi..em.."
"Jadi?" soal Peach malas-malas.
Mateen menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Jadi..ahh kau kan err.."
"Jadi apa!" Jerkah Peach kuat. Geram sungguh dirinya kalau nak menunggu mamat ini menghabiskan kata-kata.
Terangkat bahu Mateen, tersentak.
"Ja..jadi kau nak tak ikut
aku pergi cyber cafe?" Dah kena sergah dengan Peach baru boleh cakap terus terang. Kalau tidak, sampai kesudah tergagap-gagap lelaki ni."Oh nak aku teman kau pergi cyber cafe lah ni. Em nak ikut tak eh?" Sengaja Peach melambat-lambatkan jawapannya. Saja dia hendak tengok reaksi Mateen yang dah macam kuih basi.
"Please please please...". Mohonnya sambil kedua telapak tangannya disatukan dan diletakkan di dada. Gaya seperti anak kecil yang meminta gula-gula.
YOU ARE READING
DENDAM
Roman d'amour"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...