BAB 40

71 6 2
                                    

PULANG dari office, Sage terus masuk ke dalam perut kereta. Punat enjin ditekan, punat penghawa dingin juga dihidupkan, tali pinggang keledar di pakai, lantas radio dimainkan. Alunan lagu Rossa 'Atas nama cinta' diputarkan oleh dj radio.

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau

Sementara menunggu enjin panas, Sage mengelamun jauh, kepala disandarkan kebelakang dengan wajah dihala ke tingkap, wajah Peach terlayar di kotak mindanya. Rasa hati yang tak terluahkan ini sangat menghenyak dada, perasaan yang tak terungkapkan ini sangat menyiat raga.

Entah Peach juga punya perasaan yang sama Sage juga tidak pasti. Tiada sebaris kalimat cinta pernah meniti di bibir wanita itu untuk dia. Hatinya meracau mahukan jawapan, mahukan kebenaran. Tapi dia juga tidak mahu terlalu memaksa.

"Ke manalah takdir akan bawa kita Peach? Apalah Qada' dan Qadar kita? Bersatukah kita? Bersamakah kita? Sampai tuakah kita? Tertulis di luh mahfuzkah kita" Sage mengeluh berat. Keluhan panjang dihela.

Tangan kanan menyeluk saku seluar slacknya. Dikeluarkan kotak kecil berwarna merah, dibuka kotak itu. Ditatap sebentuk cincin berwarna silver, dengan sebiji permata diatasnya menghiasi mata.

Ah cantik. Lagi cantik kalau cincin ni tersarung di jari manis Peach. Sage menguntun senyum nipis, tidak sabar mahu menghadiahkan kepada wanita tercintanya.

"Harap kau suka pemberian kecil aku ni." Elok-elok disimpan semula kotak cincin itu di poket seluar. Tidak sabar mahu tiba di rumah, otak ligat mencari cara macam mana cara dan gaya mahu serahkan hadiah tak seberapa ni pada Peach.

Genggaman di stereng di perkemaskan, pedal minyak ditekan lagi, meluncur laju kereta Range Rovernya di lane kanan. Mahu cepat-cepat sampai ke perkarangan rumah.

Sekejap-sekejap matanya mengerling ke arah jari manisnya yang terlihat memakai sebentuk cincin juga. Senyum terlakar diwajah, diam-diam sebenarnya Sage membeli couple ring.

"Cincin ni tanda cinta kita."

Sage mengulum senyum, lebar.

***

"ASSALAMUALAIKUM.." Sage memberi salam seraya kaki kanan melangkah memasuki ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam, dah balik Sage?" tegur Puan Sofea.

"Ya ma.." tangan Puan Sofea disalam dan dikucup lembut. "Tessa mana ma?"

"Tessa ada dekat laman, tengok kolam ikan rasanya. Pergilah cari dia.."

"Okay ma, thanks." Sempat Sage mengucup pipi tua ibunya sebelum meluru ke pintu utama mencari Peach.

Di laman, kedengaran sayup-sayup suara seperti orang bernyanyi. Sage tercari-cari suara empunya badan, di balik pokok yang sama tinggi dengannya Sage menyorok, kelihatan Peach sedang bercangkung memberi ikan makan di kolam.

Nyanyian yang tenggelam timbul suaranya kedengaran merdu ditelinga Sage. Tapi lagu ni..

Atas nama cinta
Ku relakan jalan ku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Ku bersumpah atas nama cinta

"Sedapnya suara.."

Sage menyapa Peach dari belakang, memecah keheningan di laman. Peach yang sejak tadi ralit dengan ikan, terkejut mendengar suara yang memotong nyanyiannya. Tergopoh-gopoh dirinya bangkit dan Peach ingin memusingkan badan tetapi semerta hilang keseimbangan.

DENDAMWhere stories live. Discover now