SETELAH berhempas pulas selama 20 minit di dapur. Di bantu Eemir dan pekerja yang lain. Sage kini keluar menuju ke meja makan Peach dengan membawa makanan-makanan yang dipesannya tadi.
"Here we go, your food is ready Miss. Bon apetit!" Sage meletakkan makanan di atas meja dengan penuh berhati-hati.
"Ice Peach Sparkling Mojito. Please take a sip Miss.." Eemir di belakang menyampuk juga sambil meletakkan 2 minuman di atas meja.
"Terima kasih chef-chef handal kita." Peach sedikit segan dilayan bak puteri, wajahnya yang putih mulus mulai merona merah. Layanan di kafe Sage memang tip top, kalau ada rating Peach memang tidak berfikir panjang, memang akan terus bagi 5 star.
"Sama-sama, selamat menjamu selera bersama Tuan Sage Miss. Ada apa-apa nak tambah just let me know ya," ujar Eemir. Sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka berdua bak pasangam sejoli ni.
"Ni pun dah lebih dari cukup Eemir. Thanks ya."
"Okay dah jom makan," pelawa Sage.
"Ya Allah banyaknya Sage. Entah habis ke tidak makanan-makanan ni." Peach masih ragu-ragu mahu menghabiskan makanan yang dia rasa agak mewah yang tersaji di hadapan mata. Sudahlah makan cuma berdua tapi makanan yang sampai lebih dari 3.
"Boleh, kita boleh habiskan. Masa ni lah kau nak rasa makan makanan sedap selain maggi kau tu. Dah, jangan banyak cakap makan je."
Peach hanya mengangguk. Tangan ditadah membaca doa makan terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.
Kedua-duanya tampak berselera. Peach sehingga tidak menoleh kiri kanan, fokusnya sekarang hanyalah pada makan. Peach melambung-lambung memuji didalam hati masakan Sage yang memang ternyata sedap.
Semuanya perfect! Tidak pernah dia berselera macam ni sekali ketika makan waima makan maggi pun dia tidak berselera seperti ini. Tidak sempat mahu memandang sekeliling.
Sage merenung Peach sekilas, tersenyum melihat Peach yang berselera menikmati juadahnya.
"Sedap tak?" Sage menanya, sudu dan garfu semerta diletakkan di pinggan, air diteguk buat membasahi tekak dan diletakkan semula di atas meja. Tisu diambil lalu mengelap sedikit bibir yang comot. Kini tangan menongkat dagu di atas meja, mata tidak beralih dari memandang Peach yang masih berselera menjamu pasta yang dimasaknya.
Angguk.
"Tak pernah aku makan pasta sedap macam ni."
"Ye ke? Are you sure?"
Angguk.
"Tersangat sure."
Riak wajah Sage perlahan berubah redup, senyum yang tadi lebar sampai ke telinga semerta tawar.
"Lepas ni, aku akan bawa kau makan semua jenis makanan yang ada kat Malaysia ni. Sushi, lamb chop, wagyu, seoul garden, starbuck, you name it, aku akan bawa. I want you to live your life to the fullest."
Segaris senyum terbit di wajah Peach. Beginikah rasanya bila Allah hadirkan seseorang yang ikhlas dengan kita? Ya Allah terima kasih kerana kau sudah gantikan seseorang yang baik hati budinya, yang ikhlas jiwa raganya.
Tidak henti-henti doa dipanjatkan buat Sage, hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala kebaikan Sage.
"Oh ya, kau tak pernah cerita lagi tentang keluarga kau. Sekarang aku dah boleh tahukan tentang life kau?" Sage mengubah topik, cuba menceriakan suasana yang tadi sedikit tegang.
"Tak ada apa nak diceritakan."
"Kau kena cerita jugak. No excuse.."
"Kehidupan aku tak macam orang lain, tak macam orang lain means boring."
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...