BAB 49

60 5 1
                                    

SAGE bersiap untuk ke tempat kerja. Sesekali dia memandang Nayra yang sedang nyenyak tidur, nampak dari raut wajahnya yang lesu. Semalaman Nayra memeluknya, seperti pelukan yang tidak mahu dilepaskan. Kadang-kadang Naura menangis dalam tidur. Entah apa yang dimimpikan Nayra.

         Sage senyum segaris, sungguh dia rasa sangat-sangat diperlukan. Trauma Nayra masih belum hilang dan mungkin tak akan hilang, tetapi Sage tidak kisah tentang itu. Yang penting dia akan menjaga Nayra seikhlasnya dan akan bahagiakan wanita yang sudah mengambil separuh dari jiwanya.

Sage mendekat ke arah tubuh si isteri. Di labuhkan punggung di birai katil. Di usap lembut ubun-ubun Nayra. Lama direnung raut wajah yang cantik ni. "Abang tak nak Nayra menderita lagi, abang nak Nayra bahagia. Bahagia dengan abang, dengan anak-anak kita nanti. Abang pergi kerja dulu ya, abang dah siapkan makanan juga kat bawah. Nanti sayang makan banyak-banyak tau." Ralit dia berbual dengan Nayra seolah-olah Nayra sedar. Lalu dahi Nayra dikucup lama, sebelum Sage menyelimuti tubuh isterinya dan berlalu dari bilik tidur.

"Hello Sage."

"Yes, Caden.." Telefon dilekapkan ke telinga apabila nama Caden tertera di skrin dan tangan lagi sebelah memaut stereng.

"Untuk temubual dari 9Yards Media  Singapore tu dorang nak start pukul 2. Pukul 1 kau dah boleh standby. Ada temubual, dan petang sikit akan ada photoshoot untuk majalah dorang. Got it?" Terang Caden dengan sekali nafas.

"Alright, aku otw.."

Sage mematikan panggilan. Pedal minyak ditekan lagi, mempercepatkan kelajuan. Jam dikerling di tangan kiri, dah pukul 12.30pm. Kaca mata hitam di pakai, mengelak dari terik mentari.

Tiba di kafe, Sage disapa pekerja-pekerjanya dengan ramah. Dia terus meluru ke tingkat atas, di mana pejabatnya terletak.

"Yo, what's up man. Berseri-seri muka pengantin baru kita ni," usik Eemir.

Sage melepaskan tumbukan di lengan Eemir. "Ah kau, 1 hari tak mengusik bos kau tak sah agaknya eh?"

Caden dan Eemir sudah dari jam 10 bertapa di pejabat Sage. Sekarang sudah jam 12.40pm. Pengantin barulah katakan, dah biasa dah kalau bosnya lambat sejam dua.

"Mana Puan?" Caden menjengah ke luar pintu.

"Ha kata nak bawak wife sekali untuk temubual nanti?" Eemir pula menyampuk.

"Isteri aku tak sihat sikit, dari semalam tak lalu makan dengan panic attacknya lagi. Haih," Sage memicit kepalanya yang sedikit berdenyut. Jika bukan sebab ada temubual dengan photoshoot cafenya memang dia di rumah sahaja temankan Nayra.

Tidak sedap pula kalau semua kerja dia minta Caden dan Eemir sahaja yang uruskan. Sedangkan dia adalah pengurus kafenya sendiri.

"Seriouslah? Kenapa tak cakap, aku boleh suruh dorang hold dulu temubual tu dan tukar date lain."

"No, it's okay. Dah janjikan, tak baik pula kalau cancel last minute. Nanti menyusahkan pihak belah sana, tak apa aku settledkan semua hari ni. Habis je photoshoot aku terus gerak balik. Nanti korang handle team 9Yards semua ya. Berapa hari dorang nak stay KL just let me know. Aku bayar semua," terang Sage. Caden yang fokus mendengar, terjentik sedikit perasaan kagum dan bangga dengan temannya yang seorang ini.

Walaupun perlu galas tanggungjawab yang besar sewaktu umurnya baru 20an dan sekarang Sage sudah berumur 29 tahun dia kagum dengan kecerdasan dan ketangkasan Sage yang dapat mengendali kafenya dengan jaya. Sage sudah punya 3 cawangan Laith Cafe, satu di Kuala Lumpur, kedua di Melaka dan ketiga di Johor Bharu. Dan yang terbaru ni Sage merancang mahu kembangkan lagi Laith Cafe di Singapura pula tidak lama lagi. Ke outstationlah dia dan Eemir lepas ni.

DENDAMWhere stories live. Discover now