FIKIRAN Sage terbang melayang entah kemana, dia hanya risaukan Peach. Dia menyesal kerana terlelap dahulu, sepatutnya dia tunggu sehingga Peach sudah tidur dan barulah dia boleh tidur selepas itu. Tetapi lain pula yang jadi.
Ah sudahlah, nak menyesal pun dah tiada guna, benda dah jadi. Sekarang dia harus fikir dimana dia mahu mencari Peach. Kerana satu hint pun dia tidak dapat. Sudahlah telefon bimbit Peach tidak dibawa bersamanya. Yang ada pun cuma sepasang selipar Peach yang Sage jumpa ditaman.
Peach, aku minta maaf. Aku memang cuai, aku lelaki tak guna. Bodohnya aku tak jaga kau betul-betul.
Sage terus berlari ke tempat parking motorsikal, dia melompat ke atas motornya. Baru sahaja hendak memakai helmet, telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk.
Sage menyeluk poketnya mengambil telefon dan di buka notifikasi yang diterima. Terbeliak mata Sage melihat nombor yang tidak dikenali mengirimnya gambar Peach.
Gambar Peach yang sudah terbaring di atas lantai dengan tangan diikat kebelakang, kaki juga diikat, dan mulut disoletep. Banyak darah mengalir di muka. Amarah Sage meluap-luap, dia sudah tahu ini angkara siapa. Memang dia ada seorang sahaja musuh yang sangat membencinya.
"Celaka kau Noah! Aku tahu ni kerja kau, kau memang cari nahas!" Menggigil tangan Sage menahan geram. Kalau Noah ada di hadapan dia sekarang, memang dia akan menikam Noah sehingga mati. Dia tidak peduli kalau Noah mahu mengganggu hidup dia, tetapi jangan sesekali dia sentuh perempuan yang dia sayang.
Noah
Kalau kau nak selamatkan nyawa perempuan kesayangan kau ni, datang ke gudang jalan sri iskandar. Jangan sesekali libatkan polis dalam hal ni, kalau kau tak nak perempuan kau mati.Sage
KAU MEMANG SIAL NOAH! AKU AKAN PASTIKAN HIDUP KAU TAK TENANG!Noah
Kau cuma ada 10 minit je untuk datang ke gudang ni. Kalau lambat, tinggal mayat je yang kau dapat. Now!Sage menghentak handle motornya dengan kuat. Tidak tahu dia mahu melepaskan geramnya ke siapa. Hatinya cukup marah terhadap Noah yang tidak pernah berhenti menganggu hidupnya.
Kau memang bangsat Noah, kau tunggu. Sage mengetap gigi dengan tangan digenggam kuat. Jiwanya bergejolak.
Sebelum gerak menuju ke destinasi, Sage sempat memberi pesanan ke Caden dan Eemir untuk membantunya. Disuruh teman-temannya untuk ke gudang yang sama.
Setelah siap menghantar pesanan untuk mereka berdua, Sage langsung memakai helmet dan menghidupkan enjinnya. Berdesup motornya meninggalkan perkarangan parking.
*****
"SABAR sikit ya. Aku dah bagitahu Sage kau dah. Lagi sepuluh minit dia sampai. Tapi dia kena sampai tepat pada waktunya. Kalau lambat walau sesaat, you..will die! Hahahahahahahaha!
Tertawa besar Noah melihat ke arah Peach yang sejak tadi hanya terbaring dilantai. Dalam dirinya langsung tiada sekelumit empati, yang dia rasakan hanya puas. Puas melihat orang yang dia benci terseksa.
Peach tidak mampu berbuat apa-apa, ikatan tangan dan kakinya terikat kuat. Pergelangan tangannya hampir berdarah, dek ikatan yang diikat terlalu mencengkam itu.
Lima minit berlalu.
"Five minutes more, do you want to play something girl? Sementara nak tunggu jantan tak guna kau tu sampai, aku macam nak main kayu besbol lah dengan kau."
Peach sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Sebagai tanda untuk memohon pada Noah jangan bertindak kasar terhadapnya. Dia sudah tidak sanggup lagi dibelasah oleh Noah. Bahu kirinya sudah kebas dek kerana dipukul dengan kayu besbol tadi.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...