SUDAH menjadi rutin setiap minggu, tiga sekawan ini akan keluar makan bersama. Tidak kisah di mana-mana kedai makan, restoran ke, gerai tepi jalan ke, mereka bantai sahaja. Asalkan perut kenyang, hati senang.
"Hehehehe.."
Sage ketawa kecil sendiri sambil mata tak lekang dari menatap layar telefon bimbitnya. Seperti ada yang mencuit hatinya sejak tadi. Sekejap tangannya menaip sesuatu, sekejap tangannya menekup mulut menahan tawa. Sampai musykil Caden dan Eemir dibuatnya.
"Pehal dengan kawan kau tu?" soal Caden, bingung.
"Entah, menang nombor ekor kot," tebak Eemir.
"Tak kan lah, biasanya dia tak check depan kita."
"Hahaha tapi tengok dari muka tu macam orang tengah bercintakan, entah-entah dah declared dengan perempuan yang dia langgar hari tu tak?" Tebak Eemir lagi, dia yakin kawannya ni sedang dilamun cinta. Tersengih-sengih macam kerang busuk tu, tak lain tak bukan tengah bermalas mesej dengan perempuan.
Caden memandang Eemir sekilas, dengan kening dikerutkan. Seperti tidak mengerti dengan apa yang disampaikan Eemir. Bercinta? Kawan dia si Sage ni bercinta? Dengan perempuan misteri tu?
"Sage ni bukannya romantik pun, dulu pun kerjanya asyik nak bergaduh dengan orang saja. Kalau dia bercinta kang, tak pasal-pasal dibelasahnya anak dara orang." Caden masih musykil. Otaknya masih menghadam apa yang dikatakan Eemir tadi.
"Tapi, mana kau tahu dia tengah bercinta?" Soal Caden lagi, betul-betul tak percaya.
"Tahulah, aku kan doktor cinta dia. Kau apa tahu."
"Woi, mesej dengan girlfriend ke?" soal Eemir spontan.
Sage tidak mengendahkan pertanyaan Eemir. Matanya masih ralit dengan telefon, membalas mesej dengan seseorang.
"Hello Mr. Sage Laith, kau pekak ke? Atau roh kau dah ada dekat dunia lain?"
Kini Caden pula menegur Sage dengan tangannya dilambai-lambaikan dihadapan wajah kawannya itu, dengan harapan Sage sedarlah kalau mereka berdua masih wujud didepannya.
"Sorry, apa dia?" Kini matanya sudah beralih kearah Caden dan Eemir. Baru tersedar dari mimpi indah gamaknya.
"Tu makanan yang kau order dah sejuk dah tu. Nak tunggu siapa makan? Hantu raya?" sindir Caden.
"Dari tadi sibuk dengan phone je. Kalau nak main phone baik tak payah ajak lepak." Eemir turut menjadi batu api. Biar si Sage ni panas hati, kalau dia terasa pun lagi bagus. Memang itu niatnya.
Sage terus meletakan telefon bimbitnya di atas meja dan tersenyum sipu-sipu malu. Tak biasa dia berkelakuan aneh macam ni. Meramang bulu tengkuk Caden dan Eemir melihat tingkah Sage.
Nak kata demam, elok saja. Nak kata kena sampuk, tapi hari masih pagi. Mana ada hantu pagi-pagi macam ni.
"Kejap lagi aku nak pergi mall, korang ikut eh? Aku nak membeli-belah nanti." Sage menarik pinggannya, mahu menjamah makanan yang sudah sejuk. Kalau dah jatuh cinta ni, lauk sejuk ke panas ke dah tak kisah dah.
"Kau alright tak alright ni?" teka Caden.
"Nak membeli-belah apa pulak dia ni? Barang dapur rumah kau habis dah ke? Padahal bukan masak pun." Eemir pula mencelah.
YOU ARE READING
DENDAM
Roman d'amour"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...