PUKUL 12.00 am.
Sage masuk ke dalam rumah, pintu utama ditutup rapat sebelum dikunci. Dengan lemah kaki mengorak langkah menuju ke dapur. Terus membawa diri di hadapan sinki, di basahkan mukanya yang sembap beberapa kali. Nafas dihela perlahan..
"Kau kata nak balik sebelum pukul 10? Sekarang dah pukul 12 dah.."
Satu suara menerjah gegendang telinga Sage. Sage sedikit tersentak.
Peach yang sejak tadi diam-diam hanya duduk dimeja makan menyapa Sage yang baru pulang dari luar.
"Ya Allah Peach..kenapa duduk dalam gelap ni? Nasib aku tak ada sakit jantung.." Sage mengurut-urut dadanya, setelah itu dia terus membuka lampu, yang tidak jauh darinya.
Peach mengoyakkan dua keping tisu roll yang berada di meja makan, lalu dibawa ke Sage. Perlahan-lahan wajah Sage dilap. "Kau okay? Kau nangis ke?" tanya Peach, mata tidak berhenti menilik wajah lelaki dihadapannya ini.
Sage beku.
Liur ditelan.
Aihhh dekat sangat ni. Silap-silap boleh melompat keluar jantungnya.
"Aku ok–"
"Aku risau, tunggu kau tak balik-balik dari pukul 8 lebih tadi," potong Peach. Tangan masih setia mengelap wajah Sage yang berkulit sawo matang
"Peach.."
"Hm.."
"K–kau..dah buat kepetusan belum tentang..err.." Sage sukar menghabiskam kata.
Peach diam.
Kaku.
Dia tahu apa yang dimaksudkan Sage, tapi Peach sendiri masih tidak yakin hendak memberikan jawapan yang tepat.
"Aku belum fikirkan lagi Sage, aku tak tahu. Aku buntu tapi aku pun tak nak beri harapan dekat kau," lirih Peach. Ada getar di suaranya. Otak kata tidak tapi hati..
"Noah.."
"Kenapa dengan dia?" Tangan yang tadi ralat mengelap, kini terhenti. Mata dialih tepat ke anak mata Sage.
"Noah, dia..dia nak balas dendam dekat kau."
"Ha?"
Sage diam. Bisu.
"K–kenapa aku? Kenapa aku Sage?"
"Sebab kau kelemahan aku.."
Bimbang jika Peach semakin membenci dirinya.
Bimbang jika Peach rasa tidak selamat apabila dekat dengannya.
"Hidup aku memang akan berterusan macam ni ke Sage? Aku akan terus hidup dalam ketakutan ke? Aku tak layak ke nak hidup bahagia? Ha? Jawab aku Sage, jawab.." kolar baju Sage ditarik kasar.
Sage tampak serba salah.
Tetap singgah rasa yang tidak enak.
"Aku tak tahu..aku pun buntu..aku takut Peach, aku takut. Aku takut dia apa-apakan kau lagi.." Sage mengalihkan wajahnya ke tempat lain, melayan jiwa yang semakin menekan-nekan kalbu yang sedikit berdarah, merintih sendiri tanpa esakan yang terkeluar di bibir.
Peach yang menjerut kuat kolarnya dibiarkan tanpa tepis.
Lama mereka berdua berjeda.
Perlahan-lahan tangan yang menggenggam kolar Sage dilepaskan.
"Atau..aku patut mati aje Sage?"
"Kau cakap apa ni!" naik seoktaf julat suara Sage. Tidak terlintas dek akal fikirannya untuk berfikir sehingga ke situ. Peach sudah hilang kewarasan ke?
YOU ARE READING
DENDAM
Romantizm"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...