BAB 2

153 18 2
                                    

PEACH melangkah masuk ke rumah makcik saudaranya. Sejak bayi, Peach itu dijaga oleh makcik saudaranya sehingga dia besar. Peach tidak pernah tahu dan kenal siapa ibu dan bapa kandungnya.

     Gambar mereka pun Peach tidak pernah lihat, atau lebih tepat memang gambar mereka tidak wujud. Kata makcik saudaranya makcik June, ibu dan bapa kandungnya bercerai sewaktu Peach masih dalam kandungan tetapi punca penceraian, Peach sendiri masih tidak dapat jawapan. Musykil.

Makcik June juga tidak tahu apa-apa. Yang dia tahu, setelah ibu kandung Peach selamat melahirkan dia ke dunia, ibunya terus meminta tolong ke makcik June untuk menjaganya, dan ketika itulah ibu bapa Peach hilang tanpa jejak, sehingga sekarang.

Tapi bagi Peach, mustahil kalau makcik June tidak tahu apa-apa. Atau adakah makcik menyimpan rahsia? Peach sendiri kurang pasti.

"Haih dah jam 3 petang baru nampak batang hidung. Lagi bagus kau tak payah balik langsung. Macam hotel kau buat rumah aku ni ya!" tengking makcik June. Matanya fokus memandang ke arah televisyen, berpura-pura sedang kusyuk menonton rancangan tetapi mulut sempat menyindir Peach. Cukup pedas ayatnya.

"Entah, suka-suka hati kau aje nak balik pukul berapa, nak keluar pukul berapa. Kau ingat ni rumah nenek kau!" sampuk Maya.

Bingitnya! Balik-balik saja sudah kena dengar pekikkan dua orang ini.

"Maaf mak cik, tadi Peach.."

"Eh pembunuh, kau ingat tak hari ini hari apa?"

Belum sempat Peach menghabiskan kata-katanya, Maya terlebih dahulu memotong percakapan Peach.

Peach mengangguk perlahan.

"Ha bagus, so tunggu apa lagi. Cepat-cepat sikit berambus. Semak aku tengok ada pembunuh macam kau dalam rumah ni." Maya menyilang tangan sambil menilik Peach dari atas hingga bawah dengan muka penuh jijik.

"Sebelum kau berambus nanti, aku nak kau bayar dulu duit sepanjang aku jaga kau dari kecik." Makcik June mencelah.

"Ha? Bayar apa makcik? Makcik tak ada cakap apa-apa pun tentang bayaran?" Berderau jantung Peach tapi tetap dikekalkan riak tenang. Tidak mahu cepat melatah.

"Eh kau ni, buat-buat tak reti pulak. Kau ingat aku besarkan kau dari kecik pakai daun. Berapa banyak duit aku habis untuk kau. Sampai kesudah mak bapak kau tak datang ambil kau. Anak beranak sama saja. Pembawa sial!" Bergema rumah itu dengan pekikkan makcik June yang berang secara tiba-tiba.

"Berapa makcik nak Peach bayar?" tanya Peach dengan muka yang tampak sayu.

Pusing kepala Peach dibuatnya. Sudahlah gaji yang ada hanya cukup-cukup makan. Mahu membayar rumah sewa lagi nanti. Apalah nasib dirinya yang malang ini.

"Buat masa sekarang ni aku ada empati lagi kat orang. 20 ribu je, nanti kalau aku nak lagi. Aku minta lah dekat kau lagi, betul tak?" balas makcik June, selamba dengan muka temboknya.

"Itu pun dah kira sikit tau dua puluh ribu. Kalau aku buat kira-kira ni belanja kau dari kecik sampailah dah besar macam ni, mahu berpuluh-puluh ribu, tapi kesian pulak dekat kau, mati kering kau nanti tak mampu nak bayar," sampuk Maya berbaur sinis.

Bulat mata Peach apabila mendengar ayat yang meluncur di mulut makcik saudaranya itu sebentar tadi. Serasa mahu rebah sahaja tubuhnya ke tanah. 20 ribu? Mana dia punya wang sebanyak itu. Gajinya yang kerja di kedai serbaneka pun tidak dapat menampung hidupnya. Lagikan hendak membayar dua puluh ribu. Gila!

DENDAMWhere stories live. Discover now