SAGE pandang anak mata Peach tepat tidak berkelip. Banyak tanda tanya yang ligat bermain di mindanya.
"Sebab tu kau save nama aku dekat contact sebagai 'Tiada nombor'?"
Peach hanya mengangguk halus.
"Start dari hari kau langgar aku tu pun, aku tak nampak apa-apa nombor dekat dahi kau. Sampailah sekarang, masih kosong." Ada lirih di hujung suaranya.
"Tapi..aku lagi suka macam ni. Tak nampak, tak tahu, dan aku tak akan pernah teringin nak tahu bila jangka hayat kau. Biarlah Tuhan sahaja yang tahu. Aku tak tahu macam mana nak hilangkan sumpahan bodoh ni, aku penat. Aku tak suka tengok benda-benda tu, aku takut. Paling aku takut kalau dahi orang tu tertulis kosong. Dan aku kena menyaksikan dorang mati depan aku tanpa aku tahu macam mana nak tolong dorang." Terdengar esak halus dihujung suara Peach.
"Peach.." Sage sedikit simpati dengan wanita ini, entah apa lagi yang dia lalui sampai dia trauma sebegini.
"Kau tahu tak, dalam diam aku bersyukur sangat sebab aku tak nampak jangka hayat kau, aku tak tahu bila kau akan pergi. Aku tak nak tragedi dulu berulang lagi.."
"Peach..hey shh shh..dah dah janganlah nangis macam ni. Aku ada kat sini.." Sage cuba untuk menenangkan Peach yang sudah menitiskan air mata, merah hidungnya menahan tangis.
"Tapi boleh aku tahu, tragedi apa yang pernah kau alami dulu tu Peach? Aku sudi untuk dengar, I won't judge, I won't hate. You trust me right?" pujuk Sage. Dia tidak boleh melihat wanitanya menanggung beban yang seberat ini. Kalau boleh dipindahkan, sudah lama Sage pindahkan sakit Peach ke dirinya. Biar dia yang tanggung segalanya, tapi jangan Peach.
Peach mengesat tubir mata dengan belakang tangan. Di capai tisu yang ada diatas meja. Di lap mata dan hidungnya yang sudah berair. Lalu perlahan-lahan dia mengangkat wajah.
Kepala diangguk sekali menandakan dia percayakan Sage. Dia sudah lama meletakkan kepercayaannya kepada Sage, setelah apa yang lelaki dihadapannya ini buat pada dirinya. Itu sudah cukup meyakinkan Peach bahwa Sage sudah betul-betul berubah, sudah betul-betul menjadi insan yang baik.
"Peach..kau dah okay? Kalau tak okay kita boleh balik sekar-"
"No no, tak apa aku okay je."
"Okay, kalau tak okay just let me know ya. So, apa yang jadi dekat tragedi tu."
Sage menanya lagi, benar-benar ingin tahu. Hatinya bagai nak pecah meronta ingin tahu selagi Peach tidak buka mulut.
"Tragedi tu..2 tahun lepas dah Sage. Waktu tu nak pulang dari sekolah. Dahi arwah Mateen, tanpa aku sedar dahi dia kosong." Peach tahan tangis, sempat menggaris senyuman paksa.
"Dia kena langgar dengan kereta waktu nak lintas jalan, depan mata aku.."
Diam.
Gamam.
"Dia kena langgar depan mata aku Sage, aku tak tahu nak buat apa waktu tu. Aku berdiri kaku, dan tanpa aku sedar itulah hari terakhir aku dengan dia. Aku tak selamatkan dia Sage? Aku bunuh dia ke? Aku tak buat apa-apa masa dia nak kena langgar. Jadi akulah yang bunuh dia Sage, aku..aku bunuh dia.." Air jernih bergenang di tubir mata, diseka laju. Ditahan rasa yang berombak kuat di dada.
Sage hanya diam tidak berkutik, sangat teliti dia mendengar setiap bait-bait kata yang diceritakan Peach. Begitu rupanya arwah Mateen meninggalkannya. Hati Sage turut dihurung sebak.
"Peach listen..ini bukan salah kau. Kau tak boleh salahkan diri kau macam ni. Itu semua aturan Allah, Allah dah tetapkan, Allah dah tentukan. Tiada yang lambat atau cepat sesaat saat waktu dia telah tiba untuk bertemu dengan Maha Pencipta. Stop salahkan diri kau, kelebihan yang kau ada pun bukan satu jenayah Peach," pujuk Sage dengan harapan Peach dapat meredakan kesedihannya.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...