NAYRA memisat-misat matanya, baru sahaja tersedar dari tidur yang lena. Lama dia menung ke arah siling, masih mamai pun ya. Setelah berapa minit dia mengambil mood untuk bangkit dari baringnya, kini Nayra sudah tegak duduk di birai katil.
Baru sahaja Nayra hendak berdiri, kakinya seakan terpasung. Melihat sosok tubuh seorang lelaki yang dia tidak familiar dengan wajah itu sedang bersandar di muka pintu biliknya dengan tangan disilangkan. Anak matanya tepat memandang ke arah Nayra.
"Morning Madam Zatessa Nayra, had a good sleep last night?"
"K-kau si..siapa? Macam ma..mana kau boleh ada dalam rumah aku ni?" Nayra sudah ketar lutut.
"Opsss, pembetulan. Rumah kau ni, rumah aku jugak hehehe.."
"Kau ni No..Noah ke?"
Lelaki dihadapan Nayra ini terus menepuk tangan beberapa kali, dengan bibir tersenyum senget.
"Bagus kalau kau dah tahu, jadi tak payahlah aku susah-susah buang air liur perkenalkan diri aku ni dekat kau." Noah maju setapak.
"Jangan dekat!"
"Woah woah..rileks lah, kitakan dah jadi satu family."
Kini tiada lagi Noah dengan berjaket hitam, bercap hoodie atau bertopi hitam di kepala. Kali ini nampak jelas wajah seorang Noah. T-shirt hitam tersarung dibadan, rambutnya yang serabai menutupi dahi, wajah yang sugul tapi disulam dengan senyuman yang mengerikan, mata yang tajam mencerlung ke arah Nayra.
Tatapan yang penuh dendam.
Tatapan yang penuh benci.
Tatapan yang penuh dengki.
"Noah, kau nak apa ni Noah? Mana abang Sage?" Nayra sudah kaku di birai katil. Tidak berani berganjak, tidak berani bergerak.
"Abang Sage kau kerjalah, tak akanlah 24jam dia nak kena menghadap kau. Nanti dia nak bagi kau makan apa? Pasir?" Tertawa sinis kedengaran dari suara Noah.
Noah membuka langkah menuju ke arah Nayra, "Pusing belakang!"
Tubuh Nayra ditolak membelakanginya. Cable tie disaku seluar dikeluarkan, belum sempat dia mahu mengikat tangan Nayra, Nayra terlebih dahulu melompat ke atas katil dan menjauh dari Noah.
"Kau nak buat apa dekat aku! Kau keluar! Keluar sekarang!" Air mata Nayra sudah melimpah membasahi bumi. Tubuhnya mulai menggigil, dia harus cari alat untuk mempertahankan diri. Dia harus lawan!
"Nak main kejar-kejar Puan?"
"Kau jangan berani dekat dengan aku!" Nayra mencapai segala barang-barang yang ada di atas meja soleknya lalu dilemparkan ke arah Noah. Satu pun tidak memberi kesan, semunya dapat dielak Noah.
"Kau nak pergi mana? Baik kau dengar cakap aku baik-baik. Aku pun tak akan berkasar," ujar Noah penuh sinis.
Noah dengan pantas meluru ke arah Nayra, tidak sempat Nayra kaburkan diri dengan sekelip mata dia sudah didalam genggaman Noah. Genggaman yang kemas dan ketat yang tidak dapat dileraikan.
"Kau ni, aku cakap baik-baik kau tak nak dengarkan. Kau memang suka kalau aku berkasar dengan kau kan. Kan perempuan?!" Laju tangan Noah mengikat dua pergelangan tangan Nayra kebelakang dengan cable tie. Lalu ditolak kasar tubuh Nayra menyembam diatas katil.
"Noah..tolonglah.." Deras permata jernih itu mengalir. Apa lagi cara dia boleh buat untuk loloskan diri. Abang, tolong Nayra abang..rintihnya dalam hati.
"Ni, laki kau ada masakkan sarapan untuk kau. Meh aku suap."
"Aku tak nak!"
"Aku nak kau makan ni sekarang, aku tak nak kau mati kebulur pulak kat sini. Aku belum nak kau mati lagi." Noah menyua sudu yang sudah berisi nasi lemak di atasnya ke mulut Nayra.
YOU ARE READING
DENDAM
Romantizm"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...