PEACH mengemas semua barang-barangnya. Nasib barangnya tidak banyak, senang Peach hendak kemas. Tangan kirinya yang dibalut anduh menyukarkannya untuk membuat kerja. Kerja yang mudah pun boleh jadi lambat.
Setelah selesai Peach mengatur langkah ke ruangan kaunter untuk discharged. Sementara menunggu namanya dipanggil, Peach melabuhkan punggungnya di kerusi menunggu.
"Lepas ni dah tak dapat jumpa lelaki tu lagi kan. Dah lah handsome, selalu nampak dia setia tunggu girlfriend dia kat kerusi luar wad tu." kata seorang jururawat yang bertugas di kaunter.
Peach hanya memasang telinga. Tersenyum kecil dia mendengar celoteh jururawat-jururawat disitu. Pasti seronok sambil bekerja sambil bergurau-gurau dengan rakan-rakan. Terus dia teringatkan temannya Thia. Rindu pula pada perempuan tu, kalau di tempat kerja Thia lah yang paling banyak mulut. Ada saja cerita yang nak disampaikan. Benda kecil pun pasti riuh sekampung kalau Thia sudah mula bercerita.
"Itulah, hari ni girlfriend dia dah dischargedkan? Teringat malam semalam dia tertidur kat luar wad. Haih, untung betul tuan punya badan." balas temannya. Sambil muncung dipanjangkan kehadapan.
"Bukan malam semalam je, malam-malam sebelumnya pun ada aku ternampak dia tertidur kat luar wad. Dah lah tinggi, badan sasa, rambut panjang pastu ikat stail messy bun. Ya Tuhan..smart betul." ujar seorang lagi jururawat yang datang menyampuk.
"Eh kejap kejap, lelaki yang mana ni? Apasal aku tak tahu apa-apa?"
"Tulah kau, kau kan cuti 3 hari. Rugi kau tak sempat berkenalan dengan mamat handsome. Kita orang gelarkan dia mamat wad 04. Hari ni dia datang tak eh?" Mata Peach terbuntang mendengarkan kata-kata jururawat sebentar tadi.
Dunianya bagai berhenti berputar. Aku tak salah dengarkan, wad 04 tu wad aku. Jadi setiap malam Sage setia temankan aku sampai tertidur di depan wad. Bisik hati kecil Peach sendirian. Otak dan hatinya saling bertingkah, macam-macam perasaan yang datang menghuni di hati. Semuanya bercampur-baur.
"Cik Tessa.."
Peach tersentak. Lalu mengangkat wajahnya untuk melihat si gerangan.
"Ya saya," balas Tessa sambil perlahan-lahan dia berdiri menghadap lelaki dihadapannya.
"Saya Caden, ini kawan saya Eemir. Kami diarahkan oleh Tuan Sage untuk menghantar Cik Tessa pulang," terang Caden ringkas.
"Tak apa saya boleh balik sendiri.."
"Tapi ini arahan Tuan Sage cik. Mari, saya bawakan cik ke kereta," potong Caden sambil memberi arahan kepada Eemir untuk mengambil beg galas milik Peach.
Tidak sempat Peach hendak merampas begnya, Eemir terlebih dahulu menyambar. Mahu tidak mahu, Peach terpaksa akur. Dia tiada tenaga mahu melawan atau bertengkar mulut. Dia tahu kalau dia menolak pelawaan ni pasti tidak dapat ubah apa-apa, akhirnya dia tetap perlu turuti dan ikut sahaja suruhan Caden dan Eemir.
"Cik Tessa boleh jalan? Nak kami ambilkan wheelchair?" tanya Caden lagi dengan lemah lembut. Peach hanya menggelengkan kepala tanda tidak perlu. Dia masih boleh berjalan walaupun kakinya terasa sedikit sengal, mungkin malam waktu diculik kakinya terkehel tanpa dia sedar. Telahannya.
Tiba di kereta milik Caden, Caden membukakan pintu tempat duduk belakang untuk Peach. Peach selamat masuk ke dalam perut kereta Porsche Panamera yang berwarna hitam.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...