SEMENTARA Maya menunggu ibunya mak cik June yang sedang memenuhi maklumat pewaris di kaunter bersama doktor, dia hanya berdiri di luar pintu wad Peach. Di perhatikan segala gerak geri Sage dengan teliti. Walau raut wajahnya kelihatan dingin bak salju, tetapi hatinya bagai dicincang-cincang.
"Macam manalah perempuan sial macam kau ni boleh dapat lelaki perfect macam tu. Ihhh geram!"
Gumamnya sendiri. Siapalah yang tidak akan jatuh cinta dengan Sage. Badannya yang tinggi lampai, ototnya yang kekar, dan mempunyai raut wajah kacukan Jepun dan Australia. Sempurna, tersangatlah sempurna ciptaan tuhan ni.
Maya merengus kasar. Otaknya ligat memikir dan mencari akal bagaimana hendak menegur Sage.
Ting!
Idea jahatnya muncul.
*****
PEACH cuba untuk bangun dari baringnya. Seluruh badannya terasa bisa, lagi-lagi di bahagian bahunya yang sudah dibalut. Balut? Peach meneka saja, dia sendiri tidak tahu bahunya dibalut atau disimen. Dia mahu menggerakkan kepalanya ke kanan saja tidak boleh. Seperti keras dan kebas di bahagian leher hingga ke bahu.
"Kau nak bangun ke Peach?" Sage cuba membantu menampung tubuh Peach perlahan-lahan.
"Ya."
"Sebenarnya kau tak boleh bangun lagi. Kau belum sembuh ni, baring je eh."
"Badan aku sakitlah asyik baring je."
"Tak boleh Peach, Doktor dah pesan dekat aku tak bagi kau banyak bergerak. Bahu kau belum sepenuhnya sembuh. Dah, jangan degil. Baring."
Macam bapak-bapak tengah marah anak. Ceh, kemain betul lagak Sage. Pakal sahajalah Peach sakit, kalau tidak dah kena smackdown si Sage ni sebab membebel saja kerjanya.
Naik bernanah dah telinga Peach. Dari awal jumpa mamat ni, sampai sekarang mulut pot pet pot pet macam mak nenek. Haih, sampai bilalah nak kena hadap lelaki bernama Sage ini.
"Yelah yelah, tapi.."
"Tapi apa?"
"Pinggang aku sakit ni, aku nak baring mengiring pulak. Kebas rasa kalau baring tegaknya. Lama-lama jadi robot kang aku atas katil ni."
Peach mengomel sendiri. Terjuih-juih bibirnya bercakap, serius benar menerangkan ke Sage tentang sakit belakangnya. Dia tidak perasan yang Sage sudah tersengih-sengih melihat riak wajah Peach ni. Comel, macam budak-budak.
"Mana yang sakit? Meh aku urutkan."
"Ha? Eh tak payah, tak sakit sangat pun. Aku boleh ta.."
Belum sempat Peach menghabiskan kata-katanya, Sage terlebih dahulu menolak sedikit tubuh Peach supaya mengiring ke kiri.
"Tahan sikit eh, kau mengiring ke kiri boleh kan?"
"Eh, apa kau buat ni?! Tak payahlah Sage.."
"Ikut cakap aku. Mengiring ke kiri, aku nak urut ni."
Terdiam jap Peach. Tegas pula bicara Sage tadi. Peach pun terkedu, Peach bukan takut cuma kadang-kadang kalau aura caring Sage ini keluar, memang tak berdaya Peach nak melawan.
Dalam tegasnya ada lembutnya juga Air mukanya kalau lagi serius memang nampak sangat lain. Macam bukan Sage yang sebenar. Peach sendiri pun kadang-kadang tercair dengan ketegasan Sage, tetapi cepat-cepat dia menepis perasaan aneh ni. Jangan dilayan sangatlah Peach.
Dengan berhati-hati Peach mengiringkan badannya ke kiri. Nasib bahu kirinya tidak apa-apa, bolehlah dia mengubah posisi baringnya.
"Pelan-pelan Peach."
YOU ARE READING
DENDAM
Любовные романы"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...