HUJAN renyai yang masih merintik halus membuatkan langit yang kosong, hitam dan pekat seakan seperti mahu turunnya air yang lebih lebat lagi. Tiada payung bersama Peach.
Alamatnya nanti basah kuyuplah dia pulang ke rumah. Peach selesai membeli stok makanannya, kali ini Peach hanya membeli maggi dan air mineral sahaja.
Telur tidak dibelinya, entah kenapa tiba-tiba dia merasa seperti dia tidak perlukan itu. Mungkin takut telurnya hancur lagi dek kerana di kejar dan di ganggu manusia yang bertopengkan syaitan, tetapi benda itulah yang membuatkan dia benci dengan dirinya sendiri kerana tidak berani untuk melawan balik.
Huh! Lemah, lembik, pengecut. Itu yang sesuai digelarkan untuk dirinya. Lebih rela berdiam diri dari melawan pertahankan diri. Haih, bodoh betul kau ni kan Peach.
Hatinya tidak berapa sedap saat ni, Peach merasakan seperti malam ini pasti akan terjadi sesuatu lagi pada dirinya. Entah ini instinct yang tepat atau cuma mainan perasaannya sahaja.
Kali ini Peach pulang ke rumah mengikut jalan pintas. Sudah lama sebenarnya Peach tahu tentang jalan shortcut ni, cuma dirinya sahaja yang tidak berapa yakin dan berani untuk lalu seorang diri di susur yang agak sunyi ini.
Lorong pintas yang sedikit terpencil dan sempit, tidak ramai orang yang lalu, rumah yang berpenghuni di kawasan ini pun tidak ramai yang tinggal.
Akibat sudah terdesak kerana langit sudah menunjukkam tanda-tanda bahawa bakal dituruni hujan, jadi Peach persetankan saja. Redah jelah. Asalkan dia sempat tiba dirumah sebelum hujan lebat membasahi dirinya.
Tap Tap Tap
Peach terhenti sejenak, seakan bunyi tapak kaki? Ada yang mengikuti dia ke? Ya Allah, apa pula kali ni. Kalau hantu atau orang jahat Peach sudah siap sedia untuk buka langkah seribu.
Peach berjalan lagi beberapa langkah, dan dia dengar derap tapak kaki itu mengikuti langkahnya. Kalau dua langkah Peach berjalan, dua langkah jugalah orang di belakangnya berjalan. Kalau Peach berhenti, berhenti jugalah orang dibelakangnya. Tuhan, selamatkan aku.
Itulah kau, nak sangat ikut jalan gelap ni. Kan dah ada yang follow. Oh tidak, kau lupa ke Peach? Kaki kau masih sakit. Macam mana nak pecut ni Peach oi. Argh! betul-betul cari penyakitlah kau ni Peach. Ngomelnya dalam hati.
Jantung semakin laju mengepam.
Peach cuba memberanikan diri untuk menoleh kebelakang sekilas. Ah tak usah takutlah, sejak bila kau jadi penakut ni? Dari kecil pun kau pandai jaga diri. Toleh je, kalau ada penjahat kau bagi aje sedas dua.
Tak pernah ada siapa-siapa pun yang lindung kau dulu. So chill, perlahan-lahan pusing.
Bismillah..satu, dua, tiga! Pusing.
Kosong.
"Hello.. ada siapa-siapa ke kat sini?" jerit Peach.
Tiada siapa-siapa di belakangnya. Tiada yang menyahut. Okay sahlah ini cuma perasaannya sahaja. Mungkin dia terlalu penat, tambahan pula dia sakit.
"Hm kucing kot," ngomelnya sendiri.
Otak jadi melayang-layang fikir benda yang bukan-bukan. Sudahlah, lebih baik melangkah cepat. Lagi lama dekat lorong ini, lagi meremang bulu roma dia.
Selepas Peach memastikan tiada siapa-siapa di belakangnya, Peach memusing semula badannya kehadapan.
Gasp!
*****
JAM di tangan, di pandang sekilas. Sudah pukul sepuluh lima belas minit malam. Hati Sage seperti tidak tenteram.

YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...