AIR tin di susun satu per satu dengan rapi di dalam chiller. Sangat fokus Peach melakukan kerjanya. Sementara pelanggan belum ada, dia mengambil peluang yang ada untuk menambah dan menyusun stok-stok makanan dan minuman bagi memenuhi rak-rak yang sudah kelihatan kosong.
Memandangkan teman sekerjanya Thia cuti pada hari ini, jadi Peach hanya bersendirian menjaga kedai sehingga malam. Letih jangan cakaplah, kerja yang tiada cuti.
Kalau mahu cuti, tiada pula gaji. Jadi Peach terpaksa memilih untuk bekerja straight untuk sebulan. Ah siapa sahaja yang sanggup. Kalau tak kerana mak cik saudaranya, pasti sekarang dia ada cuti mingguan. Macam ini sekali ya menjadi dewasa. Penat! Penat badan, penat otak.
*****
SEMUA kerja susun menyusun sudah selesai. Kini Peach duduk di kaunter sahaja sambil membaca novel. Jika tiada pelanggan, Peach suka meluangkan masanya dengan membaca buku atau pun melukis. Tidaklah suram sahaja harinya.
Sedang kusyuk Peach membaca novel, satu pesanan WhatsApp masuk di notifikasi. Siapa pula yang menghantar pesanan ni? Encik Bakar ke? Dengan laju Peach mencapai telefon bimbitnya yang diletakan di laci kaunter. Setelah diperiksa.
"Ish! Nak apa lagi dia ni? Adui, ada sajalah nak kacau hidup aku," rungut Peach. Novel sudah dihempaskan diatas meja. Kini matanya fokus membaca isi Whatsapp yang dikirim Sage.
Tiada Nombor
Peach, kat rumah kau ada periuk tak?️Peach
Periuk apa pulak?Tiada Nombor
Periuklah, periuk untuk goreng telur. Periuk untuk masak lauk, periuk untuk bakar ayam? Ada tak?Peach
Kenapa tanya? Kau nak tolong belikan ke?Tiada Nombor
Ha lah, nanti aku nak masak kat rumah kau.Terjegil biji mata Peach bila baca mesej yang latest di hantar Sage ni. Nak masak kat rumah Peach? Memang tak lah, mamat tu ingat rumah Peach ni ada buat kenduri makan-makan ke sampai dia nak merewang pulak.
Mesej terakhir Sage, Peach biarkan tidak berbalas. Lebih baik dia tidak perlu melayan mamat ni. Kang makin dilayan, makin pelik-pelik yang ditanya.
Peach menyimpan semula telefon bimbitnya dia kocek seluar. Dan menyambung semula membaca novelnya. Disebabkan Sage, tergendala niatnya mahu membaca dengan aman dan tenang.
TING
Berdesup mesej masuk tanpa henti, mesti kerja si Sage.
"Eee! Apa lagi mamat ni nak! Bingit betullah," teriak Peach, geram.
Peach menghempas lagi novelnya buat kali kedua di atas kaunter. Peach cuba untuk tenang, di tarik nafasnya dalam-dalam dan di lepaskan perlahan-lahan. Setelah dirinya sedikit tenang dan rilek, Peach kembali mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Dibacanya satu per satu mesej yang dikirim mamat Sage i
ni.
YOU ARE READING
DENDAM
Romansa"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...