KELAM kabut Sage menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sehelai tuala kecil, dan dilap tepi bibir Peach yang pecah.
"Peach, jom. Aku bawa kau ke kereta."
"Dokumen ni.."
"Tak apa, nanti aku ambilkan. Kau masuk dalam kereta dulu," ujar Sage yang sedikit geram dengan kelakuan Maya. Tahulah apa aku nak buat dengan kau nanti Maya.
Sage menarik lengan Peach, dan dibawa masuk ke dalam kereta. "Tunggu aku, aku masuk jap," pinta Sage sebelum masuk semula ke dalam rumah makcik June.
"Sage, kenapa dengan Peach tu? Tak nak minum dulu ke, basahkan tekak.."
Sage merengus kasar.
"Cukup-cukuplah makcik dan anak makcik berlakon. Cukup-cukuplah sakiti Peach. Cukup-cukuplah tu makcik. Cukup-cukuplah! Saya ingatkan duit syiling je yang depan lain belakang lain. Manusia pun ada juga rupanya." Sage senyum sinis dan terus berlalu meluru ke bilik Peach.
"Kurang ajar kau, kau dah lah orang luar. Masuk rumah aku ni dengan tak buka kasut, sekarang kau sesuka hati pula nak masuk bilik orang. Kau keluar sekarang! Keluar! Jangan kau datang lagi bawak betina sial tu!"
"Dah agak, macam ni rupanya perangai dua beranak ni. Makcik dengan anak makcik ni sama saja. Syaitan yang bertopengkan manusia." Laju tangan Maya hendak hinggap ke wajah Sage tapi Sage lagi pantas. Sempat dia menyambar tangan Maya. Nyaris dia mahu kena penampar.
"Tadi bukan main baik, pijak semut pun tak mati. Tapi sekarang terus berubah macam langit dengan bumi, berani nak tampar tetamu pulak. Aku tak akan biarkan tangan kotor kau ni sentuh mana-mana tubuh aku dan Peach walau seinci pun. Kau dengar tak!" Sage menguatkan lagi cengkaman di tangan Maya. Mengerang kesakitan perempuan itu dibuatnya.
"Arghhh s..sakit." Berkerut-kerut muka Maya minta dilepaskan.
"Eh lepaslah, kau buat apa ni dekat anak aku!" Makcik June cuba untuk meleraikan pertelingkahan mulut antara mereka berdua.
Selepas hatinya puas menyakiti Maya, dia melepaskan tangan Maya dengan kasar.
Kakinya laju menyambung langkah ke bilik Peach. Cepat-cepat dikutip semua yang bertebaran. Sedang ralit dia mengutip setiap helai yang ada, ada satu surat yang menarik minatnya untuk membaca isi dalam surat tersebut.
"Surat pengesahan anak angkat?" Sage berbicara sendiri. Tangan ralit menyelak dokumen-dokumen yang ada. Dibaca satu persatu tanpa ada satu yang tertinggal.
"Zatessa Nayra binti Zuhairi."
Disambung lagi baca sehingga bawah. Matanya tertancap pada sebaris nama yang dia sangat kenal. Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin!
"Noah Zayne bin Zuhairi."
Terketar-ketar tangan Sage saat ni. Serasa seperti dunianya gelap, darahnya berhenti berjalan, jantungnya berhenti berdegup. Apa semua ni Ya Allah.
Di hadam sekali lagi segala nama yang ada didalam surat akuan itu. Di baca semula dari atas, memastikan semua nama yang dibacanya adalah betul. Dia tak mimpi kan.
"Zatessa Nayra binti Zuhairi."
"Noah Zayne bin Zuhairi."
"Zuhairi bin Omar."
"Nora binti Jameel."
Sage menekup mulutnya, jadi ini semua nama-nama keluarga kandung Peach. Ya Allah Peach..jadi selama ni keluarga kandung kau ada dengan aku Peach. Noah..Noah tu abang kau.
Sage satukan semua dokumen, cepat-cepat dia memasukkan semua kertas-kertas dan fail ke dalam beg Peach.
Sage berdiri, tapi lama dia berjeda. Mengumpul kembali kekuatannya yang dah bocor. Dia tidak boleh keluar dari bilik dengan keadaannya yang begini. Segala perbuatan Noah terhadap Peach berlegar di fikirannya.

YOU ARE READING
DENDAM
Romansa"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...