BAB 6

93 12 3
                                    

PEACH sudah bersiap untuk pergi ke kerja. Jarak antara rumah sewanya dengan tempat kerja tidaklah terlalu jauh kalau menaiki kereta atau bas, tetapi kalau jalan kaki ambil masa lima belas minit sahaja.

Disebabkan Peach tidak punya kenderaan, duit buat tambang bas apatah lagi. Jadi Peach memang akan berjalan sahaja menuju ke tempat kerjanya. Peluh jangan cakaplah, belum sampai destinasi lagi peluh sudah sebaldi.

Peach bekerja di salah sebuah kedai serbaneka yang berdekatan dengan kawasan rumah. Kebiasaannya, dia bekerja 8 jam sahaja sehari. Memandangkan Peach lagi memerlukan duit, Peach sudah beritahu awal-awal dekat Encik Bakar bahwa dia akan bekerja 12 jam sehari.

Penat tidak penat, dia harus bertahan demi sesuap nasi dan hutangnya pada mak cik saudaranya, mak cik June.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

WAJAH tenang Caden dikekalkan, walaupun hatinya tidak berkata sedemikian. "Kau ni buat hal lah. Habis tu, macam mana orang tu? Teruk ke?"

"Aku sempat break, tapi.."

"Lelaki ke perempuan?" Eemir menyampuk laju.

"Perempuan," jawab Sage sepatah.

"What!" Melopong lagi mulut mereka berdua.

Terkejut buat kali yang entah keberapa. Masih sukar mahu percaya. Betul ke apa yang mereka dengar ni. Sage ini ada sahajalah cerita yang boleh buat orang sakit jantung.

Sudahlah degil, mahu ikut telunjuknya saja. Tahu sahajalah ayahnya Sage, Tuan Scout. Kalau orang tua tu tahu anaknya ini buat hal, mati mereka berdua dikerjakan. Yang salah anaknya, yang dipersalahkan Caden dan Eemir. Haih nasib-nasib.

"Perempuan tu okay je, lepas kena langgar pun boleh balik sendiri. Aku belum sempat nak offer tumpangkan, dia dah lari. Misteri betullah," terang Sage ringkas lagi padat.

Kening Caden bertaut. "Kena kejar dengan hantu ke?" soalnya.

"Entah-entah..perempuan tu bukan orang, eee seram.."

"Ish kau ni, aku siku kang, tahulah. Korang ingat ni misteri jam 12 ke?" Sage sudah mengepalkan tangan bersedia untuk memberi tumbukan padu buat Eemir yang suka merapu.

Tindakan Sage cepat-cepat dihalang Caden. Biar pun hanya gurauan tapi harus dihalang aksi-aksi ganas antara Sage dan Eemir ni. Buatnya bertumbuk kat sini, naya Caden.

"Aku nak carilah perempuan tu, serba salah pulak aku. Atleast aku nak tahu keadaan dia macam mana sekarang. Kotlah bengkak ke kaki dia, lutut calar ke, siku lebam ke." Sage bicara lagi, setelah keadaan kembali tenang.

"Haih Mir, kawan kau ni lain macam je, ada apa-apa ke?" usik Caden.

"Entah..ulat bulu dah naik daun kot hahaha by the way cun tak?" Eemir berseloroh.

Muka Eemir tampak bersinar-sinar, pantang kalau diajak sembang tentang gadis-gadis semasa mesti laju sahaja Eemir menyampuk. Dasar miang keladi!

"Ah dah dah, aku pun tak tahulah. Tak sempat nak tanya nama pun, dia dah angkat kaki. Dah, aku nak gerak dulu. Nak pergi satu tempat ni. Sekejap je, nanti aku datang cafe balik okay. Korang jaga kedai tau." Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja mahu keluar. Terburu-buru pula tu.

Caden dan Eemir saling berpandangan, musykil dengan sikap majikannya yang seorang ini. Jarang Sage bersikap begitu, curi-curi keluar dalam waktu kerja. Mesti ada udang di sebalik mi.

DENDAMWhere stories live. Discover now