BAB 27

44 8 0
                                    

SAGE tiba di perkarangan rumah flat Peach di Cheras. Brek tangan di tarik, tali pinggang keledar di tanggalkan. Wajahnya sempat melihat ke luar tingkap dan kepala didongakkan sedikit ke atas melihat ke arah rumah Peach yang sudah beberapa hari di tinggalkan sebelum Peach diculik.

Setelah itu, wajahnya dipalingkan menghadap Peach semula. Peach masih lena disebelah Sage. Masih hanyut dibuai mimpi. Wajahnya yang sugul dan sedikit pucat membuatkan hati Sage diketuk hiba. Nyenyaknya tidur, mesti dia penat sangat ni. Bisik hati Sage sambil mata tidak lepas dari memandang wajah Peach.

Sage fikir dua tiga kali hendak mengejutkan Peach atau tidak. Mahu dikejutkan, rasa kasihan pula tapi kalau tak kejutkan lagi bertambah kasihan. Pasti badan Peach sakit tidur dalam posisi duduk, dengan tangan kanannya masih berbalut anduh.

Nak tak nak aku kena kejutkan jugak, tak sampai hati aku nak biarkan dia tidur macam ni. Desis hatinya.

"Tessa..Tessa..bangun, kita dah sampai rumah ni. Tessa.." Sage menepuk bahu Peach beberapa kali.

Bebola mata Peach bergerak ke kiri kanan sebelum perlahan-lahan kelopak matanya terbuka luas dan memandang tepat ke arah Sage.

"Kita kat mana ni?" soalnya sambil mata melilau memandang sekeliling. Mamai.

"Kita dah dekat depan rumah flat kau dah ni," jawab Sage pendek. Hatinya masih berat mahu berpisah.

"Oh, kalau gitu aku turun dulu eh Sage. Terima kasih dah banyak tolong aku."

"Nanti.. nanti aku boleh jumpa kau lagi?" Sage memotong kata-kata Peach.

Peach diam buat seketika, mata mereka bertatapan tanpa berkelip. Perasaan masing-masing berbaur. "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi," balas Peach ringkas.

"Aku harap kau sudi untuk jumpa aku lagi. Kalau kau ada masalah, call aku ya." Wajah Peach ditatap dengan penuh rasa kasih. Berharap agar wanita ini punya rasa yang sama sepertinya.

*****

AUSTRALIA 9:00 pm

Bunyi sudip yang berlaga dengan kuali kedengaran rancak di dapur. Puan Sofea ibu kepada Sage dan Noah sedang ralit menyediakan sarapan pagi buat dia dan suaminya Encik Scout. Walaupun bermastautin di negara orang selama 8 bulan atas urusan kerja, tetapi masakan melayu tidak dilupakan Puan Sofea.

Semerbak bau nasi goreng menusuk ke hidung Encik Scout yang baru sahaja tiba di dapur. "Emm..sedapnya bau. Masak apa yang?" soal Encik Scout, teruja.

"Nasi goreng je hari ni, meh duduk saya ambil pinggan jap." Nasi goreng yang sudah siap dimasak, dicedoknya ke dalam pinggan lalu diberikan kepada suaminya.

"Wah, dah lama tak makan nasi goreng sayang. Tahu-tahu je abang teringin nak makan nasi goreng hari ni."

"Tahulah, isteri biasanya ada instinct tau. Dia boleh tahu kalau suami atau anak dia nak makan apa hari tu hehehe." seloroh Puan Sofea sambil menuangkan air nescafe panas ke dalam cawan.

"Ada-ada je sayang ni, kalau macam tu kita tengok sarapan untuk esok instinct sayang betul ke tak hehehe." Gelak tawa disambut Puan Sofea yang tercuit dengan gurauannya.

"Oh ya, tengahari ni abang ada meeting dengan staf dan beberapa orang client abang. Nanti sayang tak payah masak banyak-banyaklah eh. Mungkin abang lunch kat luar je. Hari ni sayang rehat masak okay, nanti malam kita makan luar," sambung Encik Scout dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"Alhamdulillah, tak payah masak lagi. Hari-hari macam ni bestnya," balas Puan Sofea. Sengaja perkataan yang terakhir ditekankan untuk mengusik suaminya.

DENDAMWhere stories live. Discover now