BAB 57

33 0 0
                                        

SAGE berlari ke tingkat paling atas, dia yakin dengan firasatnya. Noah pasti berada diatas bersama Nayra. Sage persetankan segala permainan yang Noah menyuruhnya untuk main, konon sebagai petunjuk untuk Noah memberitahu dimana isterinya berada. Permainan bodoh itu sudah Sage tidah hiraukan. Apa nak jadi, jadilah.

Permainan yang banyak membuang masanya.

Permainan yang banyak membuang tenaganya.

Permainan yang membunuh isterinya, jika dia lambat sesaat.

Setiba Sage di atas bumbung, dimana tingkat yang terakhir Sage berada. Tingkat 4, ya kilang usang ni mempunyai 4 tingkat. Usang, sangat usang keadaannya. Dinding dipenuhi dengan lumut hijau yang kotor, dan rumput-rumput yang sudah tumbuh memenuhi tepi-tepi dinding menjalar di setiap sudut. Mengerikan, saling tak tumpah macam 'rumah hantu'. Dan..

mempunyai satu kerusi di tengah-tengah kawasan yang lapang itu. Kerusi yang tidak diduduki, tapi Sage yakin kerusi ini yang isterinya duduki tadi. Tapi dimana Nayra dan Noah sekarang? Ya Allah..

Sage mendekati kerusi tersebut, terdapat dua keping gambar yang perlu dicantum. Sage menyantumkan dengan dua keping lagi yang dia jumpai tadi. Selepas disusun..

Sage menutup mulut.

"Allahuakbar.."

Gambar sekujur tubuh Nayra yang menyayat hati. Kaki dan tangan diikat, darah memenuhi di seluruh tubuh isterinya, rambut Nayra yang kusut masai, muka Nayra yang membengkak. Mungkin akibat ditampar berkali-kali oleh Noah.

'Sampainya hati kau Noah, sampainya hati kau..' desisnya dalam hati.

Sage mengambil semua kepingan gambar itu dan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Sage terus melihat sekeliling, kosong. Tiada apa yang harus dia buat di bumbung ni. Sage berlari keluar dan turun semula ke tingkat bawah. Dia menuruni satu persatu anak tangga.

Seketika kilang yang besar dan usang ini sunyi.

Sepi.

Sage mula perlahankan langkah,

"Noah.."

"Nayra.."

Senyap.

Mana pula mereka berdua ni. Setelah Sage masuk semula ke ruangan kilang ini, terasa seperti ke alam lain. Auranya berbeza, segala bulu romanya meremang.

"Noah!"

"Noah! Hey, aku panggil ni nyahutlah!"

Bergema.

Jangan cakap yang Noah dah bawa lari Nayra dan tinggalkan dia seorang diri di kilang ni.

Sage berlari ke pintu utama, segala anak tangga yang ada dilangkahinya. Tidak tahulah betapa besar langkahnya sekarang, dia takut. Dia takut kalau Nayra dibawa lari. Tiba di pintu utama, Sage cuba untuk memulas..

Klak!

Berkunci.

"Sial! Noah! Noah buka pintu ni. Noah!"

"NOAHHH!"

Sage memukul-mukul pintu usang tersebut berkali-kali. "Noah..Noah..buka pintu ni, buka..aku nak jumpa isteri aku Noah..buka..bu..buka," rintih Sage. Kakinya lemah, lututnya lembik, Sage seakan sudah tidak berdaya. Terduduk di depan pintu utama, sambil tangan tak lekang dari mengetuk, berharap Noah ada diluar mendengarkan rintihannya. Sage dah tak sanggup, dia buntu.

"Arghhh!" Sakit. Sage tak pernah rasa sesakit ini. Sakit yang dia sendiri tidak tahu nak ungkapkan bagaimana. Sakit mencari benda yang tak pasti, terkial-kial, terpusing-pusing di tempat yang sama. Buntu dia mahu mencari isterinya dimana, dengan tiada telefon ditangan, tiada kenderaan, tiada yang tahu tentang keberadaannya dimana, waima dia sendiri juga tidak tahu sekarang lokasinya dimana. Yang dia tahu dia berada di kilang usang yang besar. Buntu, kusut!

DENDAMWhere stories live. Discover now