BAB 45

53 6 3
                                    

KEESOKAN pagi, selesai mandi dan sarapan pagi bersama. Sage dan Peach berperang di dapur, mencuci pinggan, mengelap meja dan Peach membuatkan air teh di dalam jag untuk di minum bersama. Tuan Scout dan Puan Sofea sudah ke laman terlebih dahulu, menghirup udara pagi di pondok kecil sebelah kolam ikan koi mereka.

          "Dah siap?" soal Sage yang mengelap tangannya yang basah dek membasuh pinggan.

"Dah, jom."

"Biar aku bawa." Sage mengangkat dulang yang berisi jag dan empat cawan dan dibawa ke luar.

"Pin pin pin, air bidadari sampai.."

Peach yang dibelakang membontoti Sage hanya tertawa sambil tergeleng-geleng kepalanya. Ada-ada sajalah Sage ni.

"Nah ma, pa minum. Tessa yang buat air ni."

"Meh biar saya yang tuangkan." Peach mengambil tempat disebelah Sage, dan menuangkan air teh di setiap cawan.

"Mesti sedap ni kalau Tessa yang buat, kan bang?"

Tuan Scout meneguk sedikit air teh yang masih hangat.

"Umph..sedap. Manis, macam tuan empunya badan juga." Berbalas-balas pujian Tuan Scout dan Puan Sofea. Saja mengambil hati dan meriuhkan suasana. Tawa Peach disambut mereka berempat.

"Elok sangat kamu berdua ada kat sini, papa nak bincang perkara penting tentang kamu dan Tessa ni Sage."

Sejujurnya Sage dapat meneka apa yang mahu dibincangkan orang tuanya. Sage kekal dengan air muka macho tidak mahu kelihatan terlampau teruja. Tanpa sedar, Sage sorok senyum.

"Baik ginilah, mama dengan papa minggu depan nak balik Australia dah. Peach pun dah semakin pulih, tapi mama dengan papa pun tak sedap hati nak tinggalkan kamu berdua duduk sebumbung. Tak manis nanti jiran tengok–"

"Aaa..makcik, tak apa Tessa pun memang ingat nak balik dah lagi sehari dua ni. Makcik jangan ris–"

"Eh bukan gitu Tessa sayang.." Puan Sofea memotong kata-kata Peach. Peach pasti sudah memikir yang dia mahu menghalaunya dari rumah.

Jari dipintal-pintal Peach, rasa kekoknya masih menjalar dalam dirinya walau sudah hari ke-5 dia di rumah Sage. Dia faham maksud Puan Sofea tu, dia juga segan mahu berlama di teratak keluarga Sage. Tiba masa dia harus meminta izin untuk pulang.

"Makcik tak nak kamu balik Tessa, tinggallah kat rumah makcik ni."

Keningnya bertaut. Makin tidak mengerti, tadi katanya seakan suruh dia balik. Sekarang tak pula, atau dia yang salah dengar.

"Macam ni lah, kamu sayangkan Tessa Sage?" Soalan cepumas ditujukan kepada anak terunanya.

Kepala diangguk Sage.

"Kamu cintakan Tessa."

Angguk lagi.

"Tessa, kamu cintakan Sage?"

Peach diam, tidak menggeleng. Tidak juga mengangguk.

Kelu. Lidahnya beku.

Tuan Scout menafsirkan tiada jawapan dari Peach itu bermaksud 'Ya'.

"Kamu, sayangkan Sage?" Diusik lagi, pipi Peach sudah kelihatan merahnya menahan malu.

Masih tiada jawapan.

Masih kaku.

"Kalau diam tu maksudnya setuju."

Semua mata memandang Peach yang hanya duduk di sebelah Puan Sofea. Diam tidak berkutik.

Anggukan kecil menjadi jawapan.

"Ya pakcik."

"Kalau gitu, kena standbykan dokumen-dokumen yang lengkap untuk daftar pernikahan nanti."

DENDAMWhere stories live. Discover now