AKSI kejar mengejar antara Eemir dan Caden terhenti di setengah jalan. Semerta Caden menghentikan langkahnya, tangan Eemir juga disambar untuk menahan dari terus berlari. Mata masing-masing tertumpu pada Sage dan Peach.
Tidak berkelip mata mereka berdua melihatkan Sage yang sudah berjaya mendapatkan Peach dihadapan. "Kita tunggu kat sini je," ujar Caden pada Eemir.
"Aduh, kat tengah-tengah orang ramai ni lah dorang nak buat sinetron pulak," rungut Eemir dengan tangan disilangkan. Babak cinta antara Sage dan Peach menarik perhatiannya.
"Dari awal Sage je yang jemput perempuan ni kan senang? Tak adalah menyusahkan kita, waste my time you know." Eemir merungut kecil.
"Merungut je kerja kau ni. Gaji nak, buat kerja tak nak. Dah nama pun kita kerja dengan dia, kenalah hadap." bidas Caden tegas.
"Yelah yelah, aku ni bukan malas nak hadap. Aku cuma nak ada someone special macam Sage jugak. Kau ingat apa, aku tak teringin ke nak ada scene kerja mengejar ni. Dapatlah jadi hero hindustan kejap. Arghhh bestnya ada buah hati. Kenapalah tak ada perem.."
"Dah dah, lain kali je kau cerita tentang isi hati kau tu. Tu Sage dah datang." Caden menampar lengan Eemir. Wajah mereka berdua kembali berubah serius. Malas Caden hendak melayan karenah Eemir ni, otaknya asyik fikir tentang perempuam saja. Tapi bercinta tak jugak, belum ready katanya. Puih!
"Caden, Eemir, korang balik office dulu. Biar aku yang hantar cik Tessa," ujar Sage sepintas lalu. Tangan masih kemas memimpin lengan wanita itu.
"Alright boss, take care." Eemir spontan memberi respon. Senang melihat hubungan Sage dan Peach kembali berbaik. Balik office boleh sambung mengangkang pulak. Desis hatinya.
*****
PINTU kereta bahagian penumpang dibuka untuk Peach masuk. Setelah itu, Sage pula ke bahagian seat pemandu. Bersedia untuk memandu. Enjin kereta semerta dihidupkan, pedal brek diinjak sebelum brek tangan dilepaskan, minyak ditekan dan kereta Range Rover berwarna hitam milik Sage meluncur laju meninggalkan kawasan hospital Cheras.
Sepuluh minit sudah berlalu, suasana didalam kereta Sage masih tegang dan sunyi. Hanya kedengaran bunyi deruman enjin yang samar-samar dari luar. "Kenapa diam je? Kau okay tak?" soal Sage. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk bertanya.
Peach hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Saat ini perasaannya berbaur. Jantungnya berdegup tak sudah. Dia ingin menjauhkan diri dari lelaki disebelahnya ini, kalau boleh dia ingin terus lesap dari hidup Sage. Tetapi ada sahaja cara Sage untuk bertemu dengannya.
"Tessa.."
Peach masih membatu.
"Tessa, jangan macam ni. Jangan buat aku risau." Sage semakin khawatir.
"Can you stop calling me Tessa?" Peach akhirnya bersuara.
Tepat di lampu isyarat merah Peach menyuakan amarannya itu. Setelah kereta diberhentikan, Sage terus mengalihkan pandangan ke Peach.
"No. Mulai saat ni, mulai detik ni aku akan panggil kau Tessa. Aku tak akan panggil kau Peach lagi," bantah Sage. Retina matanya masih setia melihat wajah wanita disisinya.
"Okay, baik. Kau panggillah dengan nama tu. Aku tak akan sahut."
"Betul ni? Kau tak nak sahut panggilan aku kalau aku panggil kau Tessa?" Sage semakin merapatkan wajahnya ke wajah Peach. Anak matanya perlahan-lahan turun dari kening, mata, hidung dan bibir Peach yang mungil. Setiap inci wajah Peach ditenung sehingga tiada satu pun yang terlepas pandang.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...