BAB 31

77 8 2
                                    

MASA lalu

     "Boleh aku masuk?" tanya Sage dari luar bilik Noah yang pintunya tidak terkatup rapat.

Noah yang sejak tadi hanya termenung di meja belajar tersentak apabila ditegur. Muka dipalingkan ke arah pintu.

Hanya anggukan yang diberi.

"Kau okay?" tanya Sage lagi.

Angguk.

"Em, dah makan?"

Geleng kali ni.

"Aku, sebenarnya nak minta maaf pasal hari tu." Sage menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Noah masih diam.

Kepala menekur lantai.

"Kau..dengar tak?"

Angguk.

"Aku dah maafkan." Masih menekur lantai, kira habuk mungkin. Mulut saja bilang maaf, tapi trauma yang diberi akan berbekas sampai bila-bila. Mana mungkin semudah itu Noah nak melupakan apa yang telah Sage buat padanya.

"Hari ni, hari jadi kau kan?" Sage cuba memujuk. Kali ini dengan nada yang lebih ceria. Bersungguh-sungguh pula Sage mengambil hati, nak kiamat ke dunia ni?

Noah masih was-was dengan kebaikan abangnya ini. Aku mimpi ke? Atau dia yang mengigau di siang hari?

"Mesti kau ingat aku buang tabiat kan? Aku serious ni Noah, aku betul-betul minta maaf dan sebagai balasan untuk tebus kesalahan-kesalahan aku ni, bagi aku peluang untuk sambut hari special kau hari ni?" Terang Sage panjang lebar. Tak biasa dia berperangai begini. Pelik bin ajaib sangat!

"Tak apalah bang, aku nak rehat dalam bilik je hari ni."

"Jangan macam tu, mama dengan papa kan busy kerja. Dorang tak sempat nak sambut punya. Kau ada aku je sekarang, aku ada kau. Biar aku wakilkan untuk mama dengan papa untuk celebrate birthday kau. Boleh?" Tampak riak kesungguhannya.

Nak ke tak nak? Siapa tak teringinkan, orang offer nak sambut hari jadi kau. Rasanya kali terakhir Noah sambut hari jadinya masa dia berumur 13 tahun. Sekarang dia sudah 17 tahun. Cepat masa berlalu, mama dan papa pun sibuk memanjang.

Betul-betul runsing kepala Noah, nak ditolak serba salah pula. Nak terima, tapi hatinya tak berapa nak sedap. Kalau dia terima pelawaan Sage ni ibarat dia menempah maut. Sukar nak dibaca isi kepala Sage.

"Hey, berangan pulak dia ni. Kau nak tak? Kita keluar berdua je, pergi shopping mall ke? Nak?" pelawa Sage lagi.

Noah masih berfikir. Masih berkira-kira mahu terima atau tidak. Argh, kenapa soalan ni lagi susah dari soalan exam.

"Ish kau ni, lambatlah. Dah dah kau pergi mandi pastu bersiap, nak menunggu keputusan muktamad kau kang tahu tahu dah subuh." Sage menarik lengan Noah untuk bangun, dan ditolak lembut badan adiknya ke bilik air.

Noah yang terpinga-pinga hanya turuti saja. Tak berani melawan.

30 minit kemudian.

Noah hanya mengenakan t-shirt plain berkolar dan seluar jeans. Seluar jeans yang lusuh, itu sahaja seluar yang selesa dipakainya. Tidak banyak koleksi baju dan seluar yang segak dia punya. Semuanya baju-baju lama 3 4 tahun lepas. Atau lebih tepat, dia hanya seorang yang asing. Serasa tidak layak untuk memiliki barang-barang baharu waima sehelai baju sekali pun. Mama dan papa pun jarang membelikan baju baru untuknya.

"Dah, jom." Panggilan Sage menyentaknya dari lamunan.

Akur mengekori abangnya, dan masuk ke dalam perut kereta.

DENDAMWhere stories live. Discover now