BAB 30

101 7 1
                                    

NOAH bangkit dari atas tubuh Peach seraya itu tangannya pantas mencapai selendang yang sedia tergantung di penyangkut baju, lalu mengikat kaki Peach dengan kuat.

     "Kau okaykan aku ikat kaki kau ni? Kalau tak okay pun aku peduli apa, nanti kalau kawan baik kau dah bangun kau suruh dia bukakkan ikatan ni okay," dalihnya, lembut sahaja tutur bicara Noah. Saja dia main psiko minda Peach yang sudah sedia mental itu.

Perlahan-lahan Noah menyinsing lengan bajunya. Peach hanya terkebil-kebil dipembaringan. "Kau tengok ni, apa yang Sage pernah buat dekat aku," tunjuknya.

Peach tergamam, matanya tidak berkelip memandang ke arah lengan lelaki dihadapannya ini. Tangannya penuh dengan parut yang bergaris. Seperti parut yang ditoreh berpuluh kali.

Apa semua ni?

Kenapa tangan dia teruk sampai macam tu sekali?

Ni semua angkara Sage ke?

Atau lelaki ni saja mahu menfitnah Sage?

Argh Peach buntu. Terlampau banyak persoalan.

"Parut yang sedia ada ni, Sage kau lah yang toreh, dia toreh, dia hiris, sampai aku rasa macam nyawa aku hilang." Tertawa kecil Noah, ketawa sinis tapi jelas tampak diwajahnya wajah yang penuh dengan kisah silam yang buruk. Terlihat hiba walau cuba disorok.

Peach masih diam, terkedu mungkin.

"Kenapa? Mesti kau tak percayakan? Hehe kau kena percaya, dia bukan lelaki yang baik. Dia tu gila, psiko, ganas."

"Tapi setiap orang boleh berubah," balasnya. Tertahan-tahan nafas Peach.

"Hahaha berubah? Berubah kau cakap? Manusia ni iman turun naik, manusia sekarang banyak yang bertopeng. Hari ni baik, esok jadi jahat balik. Kau tak takut dia macam tu?"

"Kalau dia betul-betul bertaubat, sungguh-sungguh pasang niat untuk beru.."

"EH PEREMPUAN, KAU TAK PAYAH NAK MENANGKAN DIA LAH SETAN! KAU TAK PAYAH NAK SEDAPKAN HATI KAU YANG DIA AKAN BERUBAH! DIA TU JANTAN JA-HA-NAM!" tengking Noah, semerta merengus geram. Mulai tidak dapat mengawal amarah. Segala perbuatan jahat yang pernah Sage buat padanya bermain diminda semula.

Tersentak Peach dengan tengkingan yang tiba-tiba. Sekarang dia benar-benar kecur perut. Apa dia boleh buat sekarang untuk selamatkan diri. Tangan masih belum sembuh, kaki sudah diikat, Thia masih tak sedarkan diri di luar.

Noah semakin berang, melihat wajah Peach sahaja sudah cukup membuatnya teringat akan wajah Sage. Argh, meluat rasanya. "Sini tangan kau." Noah menarik kasar tangan Peach lalu ditoreh-torehnya lengan Peach dengan kasar menggunakan pisau gillate.

"Arghhhh sakit..sakit.." menggigil-gigil tubuh Peach menahan perih. Bibirnya digigit kuat sehingga luka. Sakitnya tidak terperi, mata Peach berpinar-pinar. Lemah longlai rasanya ditoreh hidup-hidup.

"Tolong..sakit..sa..kit arghhhhh.."

"Kau diam perempuan, kau diam!"

Noah menampar wajah Peach dengan kuat. Berdarah tepi mulut Peach dibuatnya. Kebas rasanya bibir Peach. Sakit teramat, rasanya seolah ada ribuan pedang yang tajam dan runcing mengelar tangannya berulang-ulang kali. Darah mengalir keluar tanpa henti.

Masih menggeletar tangan.

Pandangan Peach semakin kelam, rasa mual, pening seperti hendak pitam menerjah ke seluruh urat sarafnya. Berdenyut-denyut, Ya-Allah kalau ini penghujung hidupku, Engkau tamatkan saja riwayatku. Terasa seperti rohnya sudah bergentayangan di atas, sungguh dia merasa betul-betul mahu mati.

"Rasakan apa yang aku rasa selama ni perempuan, ditoreh hidup-hidup, dipukul, disepak, diterajang, macam binatang. Semua orang tak akan faham apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Orang sekeliling ingat aku ni gila, ada penyakit mental, dorang semua tak tahu siapa punya angkara, siapa yang buat aku sampai jadi macam ni, dorang tak tahu!" Amarah dan tengkingan Noah semakin membuak-buak. Sakit dan dendam yang masih berbekas di hati membuatkan Noah tak dapat berfikir dengan waras.

DENDAMWhere stories live. Discover now