KESEMPATAN yang ada ni, Thia meringankan tulang empat keratnya dengan membersihkan rumah kecil Peach. Segala yang berselerak di atas meja makan, di sinki, di ruang tamu, waima menyental tandas juga dilakukannya. Dah puas marah Peach tadi, inilah masa dia untuk berbuat baik sebagai tanda maaf.
Sempat Thia menjenguk Peach yang sudah lena dibuai mimpi di biliknya. Ngantuk sangat minah ni, ni kalau orang bertukang kat rumah dia pun dia tak sedar.
Haih Peach Peach.
Tidurlah Peach. Mimpi indah ya.
Pintu kamar Peach dikatup semula.
TOK TOK TOK
Kedengaran bunyi pintu utama diketuk dari luar. Ada tetamu mungkin, ataupun jejaka tampan tadi? Siapa lagi kalau bukan Sage.
"Siapa pula datang rumah ni? Peach diam-diam ada kawan baru ke selain aku?" tebak Thia.
"Kejap.." Thia meluru ke arah pintu utama. Tombol pintu dipusing.
Dan..
"Arghhh.." terkebelakang tubuh Thia ditolak kasar oleh seorang yang tak dikenalinya. Aduh, sakitnya. Jantan tak guna mana pulak ni yang datang tak diundang. Nasib aje tak ada periuk kat tangan, kalau tak dah lama terbang ke kepala mamat ni.
"Kau siapa ha? Dah gila ke masuk rumah orang macam perompak?!" jerkah Thia, walaupun ada ketar di nadanya tapi dipaksa juga dirinya untuk berlagak berani.
Pintu dihempas, kolar baju Thia ditarik kasar lelaki berjaket hitam dihadapannya.
"Mana perempuan tu!" soalan Thia tidak dijawab, dibalas balik dengan soalan. Terangkat bahu Thia, tersentak apabila dijerkah.
"Perempuan apa? Kau ni siapa? Kau nak apa dari aku?"
"Aku nak perempuan tu! Mana dia!"
"Perempuan apa? Kau cari siapa? Aku je perempuan kat sini!" Naik seoktaf juga suara Thia.
"Aku bukan nak cari kau, aku nak dia! Mana dia!"
Kini tangan dikolar bertukar ke leher, lalu mencekik kuat leher Thia. Tersekat nafasnya di kerongkong. "Mana dia sial! Kau pekak ke!"
Diperkuatkan lagi cengkaman dileher. Makin sukar Thia hendak bernafas. Thia yang ketakutan, terkapai-kapai meminta untuk dilepaskan. "Le..pas..lepaskan..aku.."
*****
KERETA Range Rover milik Sage meluncur diperkarangan rumah. Brek mengejut dilakukan, sehingga tersembam ke hadapan Puan Sofea dan Encik Scout.
"Allahuakbar, Sage.." mengucap Encik Scout, cemas. Terkejut dengan brek emergency Sage.
"Ya-Allah Sage, kamu okay tak ni? Macam ada yang tak kena je mama tengok," tanya lagi Puan Sofea, mulai risau dengan anak terunanya.
"Ma.."
"Ya sayang, what's wrong? Kenapa berpeluh-peluh ni? Aircond dah kuat dah ni mama rasa."
"Ma, pa, Sage kena pergi ada kerja sikit, urgent nak kena jumpa Caden dengan Eemir. Mama dengan papa masuk dulu eh, petang atau malam sikit nanti Sage balik," sambungnya lagi.
"Baik-baik Sage, kalau ada apa-apa call mama atau papa tau sayang. Bawak kereta elok-elok."
"Baik ma, Sage pergi dulu."
"Abang, kenapa dengan anak awak tu bang. Saya risau ni." Puan Sofea menggenggam lengan suaminya.
"Ada masalah kat tempat kerja kot sayang, insyaAllah tak ada apalah. Pandailah Sage jaga diri, awak jangan fikir negatif sangat, dah jom masuk."
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...