BAB 32

64 7 3
                                    

BAHU Sage ditepuk seseorang. Tersentak kecil Sage yang sejak tadi hanya termenung di ruangan menunggu. Segala kisah-kisah silam yang bermain di mindanya tadi terus lesap di kotak ingatan.

     "Eh pa, ma.." Sage menghulur tangan untuk bersalaman.

Caden dan Eemir yang disebelah turut menyapa kedua ibu bapa Sage.

"Tuan, Puan." Serentak mereka berdua tunduk menunjukkan tanda hormat.

"Sayang, siapa yang cedera ni. Bagitahu mama, kamu ada terlanggar orang ke Sage? Ada terpukul orang ke? Bagitahu mama de—"

"Ma..ma..shhh tak ma, Sage bukan accident, Sage bukan pukul orang atau dipukul," balas Sage dengan mata yang sembap, ada sedikit gigil ditangannya.

"Habis tu apa sayang, jangan buat mama risau. Ni kenapa mata merah ni, baju kamu ni kenapa ada darah-darah ni Sage Ya Allah.." dibelek-belek tubuh anaknya, dari ke muka, dada, lengan, jari. Semua ditiliknya dengan hati yang dirundum gusar.

"Yang.. istighfar yang, bagi Sage tenang dulu. Budak tu pun nampak trauma, serabut, nanti keadaan dah reda baru kita bincang ya, awak duduk dulu," pujuk Tuan Scout. Cuba menenangkan isterinya yang terlebih risau. Isterinya memang begitu, hati keibuannya mudah sensitif dan tersentuh. Tentang keluarga dan anak-anak memang Puan Sofea sangat mengambil berat.

"Sage, boleh papa dengan mama masuk?"

Hanya anggukan yang diberi.

Sage mengetuai mama dan papanya masuk ke dalam wad Peach.

"Siapa perempuan ni Sage?"

Sunyi.

"Sage.." panggil Tuan Scout lagi.

"Ni kawan Sage ma, pa."

"Zatessa Nayra." Puan Sofea membaca nama yang tertera dia depan katil Peach.

Tunduk, tiada kata yang terluah. Sage hanya membuang pandangan kosong.

"Siapa yang buat kawan Sage sampai macam ni sekali? Dia kena dera ke?"

Jeda.

"Atau kena buli?"

Diam.

"Hey." Tuan Scout menepuk bahu anaknya.

Bahunya terangkat.

"D-dia..dia.." Sage tak dapat nak habiskan ayat.

"Kenapa sayang? Bagitau mama, InsyaAllah kalau ada yang mama dengan papa boleh bantu, kami bantu." Puan Sofea cuba memujuk, cuba menenangkan debar dihati anak bujangnya.

"Dia kena dera ma."

"Astaghfirullahalzim, siapa yang dera dia Sage?" Terkalih mata Puan Sofea ke Peach, ditenung wajah putih mulus wanita yang terbaring kaku. Sugul, sembap, pucat. Apalah yang awak dah lalui sayang, sampai didera macam ni sekali. Desis hati tuanya.

***

TANPA menoleh kebelakang, Peach mulai rasa kakinya sudah kebas akibat berlari terlalu lama. Dia berlari tanpa arah tujuan ditengah-tengah padang pasir yang hanya ada dia sahaja di tanah lapang ini.

     Dengan mengenakan jubah putih dan selendang putih yang menutup setiap helai rambutnya, Peach kini memperlahankan langkah.

Makin perlahan.

Dan perlahan.

Lalu terduduk melutut di pasir.

DENDAMWhere stories live. Discover now