BAB 8

101 11 3
                                    

SUARA garau yang datang dari arah belakang mereka berdua, membuatkan Gabby tersentak. Buntu dia mencari jalan keluar, otaknya ligat memikir bagaimana dia mahu keluar dari tempat sempit ini.

Jalan keluar hanya ada satu, tetapi sudah dihalang oleh seorang lelaki dibelakangnya. Serta merta dia menyarungkan cap hoodie ke kepala, identiti dia harus dirahsiakan dari orang luar. Dia tidak mahu dikesan oleh polis.

"Shit!"

"Hey kau jangan lari!"

Laju kaki Sage melangkah menuju ke arah Gabby, tetapi Gabby lebih pantas bertindak. Dia ternampak ada sebuah tong sampah besar di sudut dinding sebelah kanannya, dia melompat ke atas tong sampah tersebut lalu dengan kemas tangannya memaut tembok yang agak tinggi itu dengan kaki yang terpaksa dijengketkan sedikit bagi membolehkan dia menarik dirinya keatas dan dengan sekelip mata Gabby melompat seperti ninja lalu bayangannya terus hilang dalam kegelapan malam.

"Woi! Jangan lari, ish tak guna!" Sage sedikit kesal tidak sempat menangkap lelaki yang telah melakukan kekerasan terhadap wanita yang telah terbaring dihadapannya ini. Segera Sage mendapatkan wanita tersebut, diangkat tubuh wanita itu ke pangkuannya.

"Cik..cik bangun cik.."

"Argh, sss..sakit"

Perempuan ni, perempuan yang aku langgar hari tu. Suara kecil Sage berkata-kata.

Tanpa melengahkan masa, Sage terus mengangkat tubuh wanita itu dan dibawanya ke kereta. Keretanya sudahlah sedikit jauh. Terpaksa Sage berlari-lari anak untuk mempercepatkan langkahnya.

Baru beberapa langkah Sage berjalan, hujan sudah turun membasahi bumi. Masa ini jugalah nak hujan, langkahnya dilajukan lagi. Orang sekeliling hanya memerhatikan mereka berdua, ada juga yang saling berbisik-bisik. Argh Sage tidak mempedulikan itu. Yang penting sekarang dia harus cepat sampai ke kereta.

"Cik..nak bawa sa..saya ke mana ni?" soal Peach tersekat-sekat. Menahan sakit dan perih akibat ditendang oleh Gabby.

"Shhh, pegang saya kuat-kuat," arah Sage, tegas.

Nasib ada lelaki ni, entah dari mana munculnya. Tapi Peach yakin, tuhan yang mengirimkan lelaki ini untuk menyelamatkan dirinya, kalau tidak pasti sudah lunyai tubuhnya dibelasah Gabby.

*****

SUIS lampu dihidupkan, rumah yang tadi gelap terus terang benderang. Peach masuk ke dalam rumah dan menyarungkan seliparnya. Dengan lemah dia menuju ke ruang tamu, matanya hanya nampak bantal. Bantal empuk yang sudah tersedia untuk Peach rebahkan tubuhnya yang sudah lelah. Tanpa Peach sedar, di balik pintu utama ada seorang lelaki menyorok dibelakangnya.

Seusai Peach melangkah masuk dan pintu ditutup semula, lelaki di balik pintu itu langsung mencengkam leher Peach menggunakan lengan sasanya. Tangan kanan lelaki itu pula menyula pisau dibelakang badan Peach.

"Lepas! Lepas! Siapa kau?" Peach menjerit minta dilepaskan, tetapi lelaki dibelakangnya tidak mengendahkan Peach.

"Diam! Jangan bersuara kalau kau tak nak nyawa kau melayang."

Peach langsung tidak mempedulikan lelaki dibelakangnya ini. Peach menyiku perut lelaki itu dengan kuat, terlepas dia dari genggaman lelaki tersebut. Lelaki itu dengan pantas merentap bahagian leher baju Peach. Lalu mata mereka bertentangan. Peach tidak nampak wajah lelaki ni, kerana dia menutup wajahnya dengan mask hitam.

DENDAMWhere stories live. Discover now