"LAITH Cafe?" Terjengah-jengah kepala Peach membaca signboard di depannya dari dalam kereta.
Setelah berpuas hati memarkirkan kereta di kotak parkir yang disediakan, Sage menarik brek tangan lalu tali pinggang keledar laju di buka.
"Jom, masuk kafe kita," ajak Sage. Semerta dibalas Peach dengan kerutan di kening. 'Kita'?
Sage keluar dari perut kereta meninggalkan Peach disebelah yang punya 1001 persoalan. Peach Peach, sika sangat jadi blur tak bertempat. Desisnya dalam hati. Sage meluru ke pintu sebelah, dan membukakan pintu buat Peach.
"Inilah kafe kita, jom masuk. Ada Caden dengan Eemir kat dalam."
"Ini kafe siapa? Kafe family kau ke?" Peach menyoal dengan muka penuh tanda tanya.
"Kat signboard tadi tulis apa?"
"Laith cafe? Hm Laith? Laith tu ap–"
Sage menggeleng-gelengkan kepala, lucu melihat tingkah Peach yang sejak tadi tidak dapat tangkap jawapannya.
"Hehehe mesti kau tak tahu nama penuh aku kan?" Sage memintas percakapan Peach.
Peach menggaru kepala yang tidak gatal.
"Sekarang kau kena ingat nama ni. Ingat nama ni sampai habis nyawa kau, Sage Laith.."
Terdiam sejenak.
"Ya itu nama penuh aku.." sambungnya lagi.
"Oh..aku baru tahu nama kau."
"Itulah, tak pernah nak tanya kan. Hm siapalah kita ni.."
"Kau yang tak bagitahu nama penuh kau." Peach cuba membela diri.
"Aku tak ada peluang nak bagitahu. Sebab kau sendiri yang tak nak bagi peluang tu."
Terasa sebak sedikit mengingatkan layanan 'jual mahal' Peach. Sehinggakan dia buntu untuk mencari cara bagaimana mahu mendekati wanita misteri ni.
"Dah dah, jangan nak start drama air mata eh. Kita datang sini sebab nak jalan-jalan. Nak happy-happy, okay Mr. Sage?"
"Yalah yalah, kita duduk meja sana tu jom. Situ kerusi dia empuk sikit." Sage menunjukkan meja yang ingin didudukinya dengan Peach.
Kafenya yang berada di bahagian corner lot, memperlihatkan lagi betapa luasnya tapak yang dimiliki. Ada meja di luar, sesuai untuk yang mahu mengambil angin atau mahu bersantai menikmati makanan sambil menyisip rokok. Di dalam pula, tersedia penghawa dingin sesuai untuk yang mahukan kenyamanan sepanjang menjamu selera, didendangkan sekali muzik-muzik yang terkini sambil meluangkan waktu bersama keluarga tercinta, teman atau bersendiri, menikmati me time.
"Have a sit my Peach.." Sage menarik sedikit kerusi memberikan duduk buat Peach.
"Thank you."
"So, kat sini kita ada makanan western, makanan melayu, dan kita ada menu baru jugak which is makanan korea. Kau suka makan apa?" Sage menerangkan kepada Peach sambil menunjukkan menu yang sudah tersedia diatas meja.
"Emmm..nak makan apa eh?"
Sedang ralit mereka berdua membaca menu, ada seseorang datang menyapa..
"Hey bro, makan kedai sendiri nampak," tegur Eemir. Ditepuk pundak Sage dari belakang.
"Ya Allah terkejut aku.." Sage mengusap dadanya yang berdebar kencang.
"Sorry bro..by the way hi Miss Tessa." Sapa Eemir pada Peach, mesra dengan tangan dilambaikan. Senyuman tidak lekang dibibir.
YOU ARE READING
DENDAM
Romansa"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...