BAB 22

57 11 1
                                    

LAJU kepala Peach menoleh kearah bunyi pintu yang dibuka. Muncul sosok Sage di pintu dengan raut wajah yang berbeza. Seperti ada yang mengganggu fikirannya.

Apa kena pula dengan mamat ini? Tadi elok saja. Datang bulan ke? Ish, tak akan lah. Aneh-aneh saja fikiran Peach.

"Kau okay?" Tanya Peach seraya Sage menghampiri kearah katilnya.

Cepat-cepat Sage mengoyakkan senyuman. Tidak mahu Peach mengesyak apa-apa. Biarlah kejadian tadi menjadi rahsia.

"Tak ada apalah, jauh aku pergi cari minyak angin ni tau. Sampai wad hujung sana. Nasiblah ada misi tu baik hati bagi pakai." Sage berdalih.

"Oh, aku ingatkan kau balik tadi tiba-tiba je menghi-"

"Dah dah cepat pusing macam tadi, lepas urut aku suapkan kau makan pulak okay tuan puteri." Sage buat lawak hambar.

Tiba-tiba..

Bunyi pintu wad terbuka. Kelihatan mak cik June dan Maya memasuki ke dalam ruangan wad Peach. Muka tidak lekang dengan senyuman. Tidak tahulah senyuman ikhlas atau dibuat-buat.

Sage menoleh kebelakang, melihat sekilas sosok dua beranak ini. Raut wajah yang tadinya ceria mengusik Peach kini sudah bertukar menjadi masam mencuka semula. Sage cuba mengelak membuat kontak mata dengan Maya. Tidak selesa dia rasa jika ada perempuan ni.

"Maklumat Peach semua dah makcik uruskan tadi ya. Tinggal bil hospital-"

"Tentang bil biar saya uruskan, mak cik jangan risau," Sage memotong kata.

Saling berpandangan antara Peach dan Maya, sempat juga Peach mengerling ke arah Sage. Mamat ni hendak bayarkan bil hospitalnya? Aduh makin banyaklah terhutang budi? Macama manalah nak membalas balik apa yang Sage telah buat kepadanya. Keluh hati Peach.

"Terima kasih makcik, sudah datang lawat Peach." Jawab Peach pendek. Rasa janggal sejak mereka berdua datang, rasa kurang enak pun ya juga. Tetapi di tepis perasaan itu jauh-jauh.

"Sama-sama Peach, senang hati mak cik tengok Peach sekarang dah ada orang jagakan. Kurang sikit rasa risau makcik ni," balas mak cik June yang berbaur sinis sedikit. Itu yang Peach rasakan. Sinis ayatnya, dia tahu makcik dan Maya bukannya hendak datang melawatnya sangat pun.

Sikit pun tidak ditanya keadaan dirinya bagaimana? Macam mana boleh dibelasah? Macam mana bahu boleh retak? Mana ditanya itu semua.

Peach hanya tersenyum kelat. Kepalanya menekur kebawah, sambil mata ralit memain-mainkan kukunya. Tidak kuasa dia mahu bertentang mata dengan dua orang manusia ni.

"Makcik dan Maya balik dululah ya. Makcik ada urusan kejap lagi. Nanti makcik datang lawat kamu lagi Peach. Sage, terima kasih dah tolong tengok-tengokkan Peach." Mak cik June mengusap-usap lembut ubun-ubun Peach.

Peach membiarkan sahaja perbuatan mak ciknya yang berpura-pura baik dihadapannya dan Sage. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis ke arah orang tua itu sambil kepala dianggukkan tanda dia mengerti kalau mak cik June sudah mahu pulang. Diikuti Sage yang membongkokkan tubuhnya sambil mengucap terima kasih ke arah mak cik June dan Maya kerana telah sudi datang melawat Peach.

"Terima kasih makcik, Maya sudah melawat Peach. Insyaallah saya akan jaga Peach elok-elok." Sage bersuara sebelum menghantar mak cik June dan Maya hingga ke pintu wad.

DENDAMWhere stories live. Discover now