BAB 23

58 9 0
                                    

KENING Peach berkerut, sedaya upaya dia cuba untuk mencerna satu perkataan yang meluncur dari mulut Sage tadi. Dari mana pula lelaki ini tahu nama sebenarnya? Bisik hati Peach. Dia kurang gemar orang memanggilnya dengan nama itu.

Nama itu bagai tidak hidup dalam dirinya. Nama yang diberikan oleh kedua ibu bapanya, tetapi setelah itu mereka menghilang. Apa guna punya nama yang cantik tetapi telinganya tidak pernah mendengar walau sekali suara ibu bapanya memanggil dirinya dengan nama tersebut.

"Tessa, such a nice name." ujar Sage perlahan. Bibirnya melakar senyuman nipis. Dia suka nama tu, sedap. Sangat cocok nama itu dengan perempuan dihadapannya ini.

"Macam mana kau boleh tahu nama sebenar aku?" tanya Peach serius.

"Kenapa kau tak guna nama tu? Aku suka na-"

"Please answer me first Mr. Sage. How did you know my real name?!" Julat suara Peach ditinggikan. Riak wajah berubah geram, di dalam hatinya sudah meluap-luap api kemarahan.

"Janganlah marah dulu, bagi aku explain. Masa kau tak sedarkan diri tu doktor bagi keterangan dekat aku tentang keadaan kau. Dia bahasakan diri kau Tessa. Aku mula-mula ingat dia salah patient. Aku tanya lagi doktor tu untuk kepastian, dan ya memang betul nama kau Tessa. Jururawat jumpa dompet kau yang ada kad pengenalan dalam poket seluar." Panjang lebar Sage memberi keterangan.

Sayu sahaja pandangan Sage ke Peach yang kelihatan lesu.

Peach yang mendengar dengan teliti terus rasa serba salah menyelubungi diri. Perasaan marah yang mahu meledak tadi serta merta beransur surut. Peach kembali menghala pandangan ke tingkap. Tidak mahu dia bertentang mata dengan mamat ni.

"Kenapa kau tak guna nama Tessa? Aku suka nama tu. Kalau lepas ni aku nak panggil kau dengan nama Tessa boleh tak?" tanya Sage dengan berhati-hati. Risau kalau Peach bertindak memberontak pula di hadapanya. Bukan boleh percaya sangat Peach ni. Silap percakapan, dirinya yang menjadi mangsa tengkingan.

"Aku lagi suka nama Peach. Banyak kenangan dengan nama Peach ni." balas Peach ringkas.

Air matanya mulai bertakung.

*****

IMBAS kembali.

Baru beberapa langkah Peach menapak hendak menuju ke sekolah. Hujan lebat turun membasahi bumi. Deras. Lencun macam kena siram dengan air satu baldi. Peach berlari mencari tempat berteduh sambil tangan menutup bahagian kepalanya.


Sudah tiada payung tapi nasib menyebelahinya, Peach sudah tidak jauh dari pondok perhentian bas. Dapatlah dia berteduh sekejap di situ. Sementara menunggu hujan reda. Tiba di pondok perhentian bas, Peach mengusap mukanya yang basah. Rambut yang diikat, dibuka ikatanya lalu dikibas-kibas rambut yang basah.

Setelah itu Peach melabuhkan punggung untuk duduk. Nafas ditarik dan dihela panjang. Tak pergi sekolah lah aku nampaknya, hujan macam ini lambat nak berhenti. Monolognya dalam hati.

"Aku rasa, kau lagi perlukan ni." Sapa seorang jejaka yang muncul dihadapan Peach. Tangan kanannya menghulurkan jaket berwarna biru gelap.

Serta merta Peach memberi tindak balas dengan mendongak kelangit, ingin melihat siapakah gerangan lelaki yang tinggi lampai berada dihadapanya ini.

"Aku Mateen, kau?" Mateen memilih tempat di sebelah Peach dan dilabuhkan punggungnya untuk duduk tanpa dipelawa. Mateen cuba berbasa basi melihat Peach yang masih termangu.

DENDAMWhere stories live. Discover now