TIBA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sage dan Nayra menghantar mama dan papa untuk pulang ke Australia. Sage menolakkan troli yang dipenuhi dengan dua bagasi menuju ke kaunter check-in luggage, dan setelah itu menuju ke departure hall.
"Tessa, terima kasih dah sudi terima anak mama ni. Terima kasih juga Tessa sudi masuk dalam keluarga mama. Mama dengan papa nak gerak balik Aussie pun rasa tenang hati bila kamu berdua dah sah jadi suami isteri. Mama minta maaf, sebab tak dapat lama dekat Malaysia. Baru 2 hari lepas kamu menikah, hari ni mama dengan papa dah kena balik. Tessa jangan kecil hati ya nak." Puan Sofea mengusap lembut pipi menantunya.
Tubir mata mulai panas dan bergenang, rasa berat hati bermaharaja lela dalam dirinya sekarang, berat terasa setiap langkah.
"Ma..apa cakap macam tu. Sepatutnya Tessa yang berterima kasih dekat mama dengan papa sebab sudi terima Tessa dalam keluarga mama. Terima kasih dah banyak tolong Tessa, mama dengan papa layan Tessa baik sangat sampai Tessa tak tahu macam mana nak balas jasa mama dengan papa." Nayra sudah mengalirkan air mata, tak dapat dikawal lagi.
"Dah dah, tak mau nangis. Buat drama air mata pulak dua orang ni. InsyaAllah nanti ada rezeki kita jumpa lagi. Mana tahu lepas ni, Sage dengan Tessa pula buat suprised datang Australia senyap-senyap. Kan ma?" Tuan Scout cuba menceriakan suasana kembali, tidak mahu terlihat begitu tegang.
Kedengaran panggilan untuk penerbangan pesawat Puan Sofea dan Tuan Scout ke pintu gate.
"Sage, Tessa..papa dengan mama dah nak kena gerak dah ni. Nanti dah sampai sana papa telefon ya."
"Baik pa.."
"One more thing, jaga menantu papa baik-baik. Ada masalah ke ada benda tak kena ke cepat-cepat bagitahu papa okay." Tuan Scout memberi pesan buat Sage. Sage tunduk akur.
"Ya pa, Sage akan jaga kekasih Sage ni dengan baik, bagai menatang minyak yang penuh, dan akan sentiasa ada disisi dia." Sage mengerling ke isterinya sekilas, dan dipeluk bahu Nayra.
Nayra disebelah hanya tertawa kecil sambil belakang tangannya mengesat air jernih yang masih bersisa di tubir mata.
Gelak tawa halus Nayra disambut mereka bertiga.
"Jangan cakap je lebih, jaga elok-elok."
"Baik mem besar.."
Mereka berempat berpelukan sesama sendiri. Pelukan terakhir sebelum mereka mahu berlepas.
"Lagi satu Sage, tolong sampaikan salam mama dengan papa dekat Noah ya." Ada sedikit hiba dihati mengenangkan anak bujangnya yang seorang itu. Dia masih tertanya-tanya dengan perangai Noah yang berubah mendadak semenjak habis sekolah 5 tahun lepas.
Kecil hati tuanya, apabila anaknya sendiri tidak mahu bersua muka.
"InsyaAllah ma, pa, nanti kalau Sage jumpa dia Sage sampaikan ya. Hati-hati.."
Sage dan Nayra mencium tangan kedua ibu bapanya, menghantar Puan Sofea dan Tuan Scout ke escalator menuju ke gate dengan pandangan mata.
***
"ABANG, Nayra nak tanya sikit boleh?" Nayra memintal-mintal jarinya.
Sage yang sedang memandu, memandang pelik isterinya yang sejak tadi kelihatan gelisah.
"Apa dia sayang? Sayang okay kan?" Sebelah tangan Sage menggenggam erat tangan Nayra, lalu dikucupnya.
"Abang rasa Noah dekat mana ya?" Jantung Sage terus mengepam laju, mendengar sebaris nama itu sahaja pun sudah cukup buat matanya berbalam. Segala kelakuan kejam dia terhadap Nayra bermain di fikiran.
YOU ARE READING
DENDAM
Lãng mạn"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...