BAB 37

78 7 4
                                    

SAGE masuk ke dalam perut kereta. Tersengih-sengih bila mengingatkan tingkah Peach tadi, muka merah, dada turun naik, tangan sejuk. Cair macam ais krimlah tu.

     "Aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku, my Zatessa Nayra."

Kring kring kring

Tersentak Sage dari lamunan. Caden rupanya, desis hatinya.

"Hello Sage, kitorang dah hantar cik Thia dah. Nak lepak tak, dah lama kita tak ngetum ngetum ni."

"Ngetum pak hang, esok jelah kita lepak. Malam ni aku ada hal, esok aku roger okay. By the way, thank you guys dah tolong aku."

"Halah ada hal pulak, cakap jelah nak spend time masa dengan cik fruit heart kau. Ha yelah yelah, apa-apa nanti roger je. Adios."

Panggilan dimatikan, bukan dia tidak mahu lepak dengan kawannya. Soal mahu ke office juga tadi dia temberang saja dengan Peach. Dia sebenarnya mahu berjumpa dengan Noah. Mahu bersemuka dengan adik angkatnya itu.

Tetapi dia tidak tahu mahu mencari Noah dimana. Telefon dihidupkan semula, tangan laju mencari nombor adiknya. Setelah dijumpai, punat hijau langsung ditekan.

10 saat.

20 saat.

30 saat.

Panggilan tidak dijawab.

"Angkatlah bodoh!"

Didail semula.

10 saat.

20 saat.

30 saat

Panggilan kedua juga tidak berjawab.

"You are just a piece of shit Noah!"

Tidak berputus asa, Sage mendail lagi buat kali ketiga. Berharap kali ini Noah mengangkat panggilannya. Tidak mahu tidak dia harus menamatkan semuanya.

Panggilan ketiga.

10 saat.

15 saat..

"Hm.."

"Aku ingat kau dah mampos tadi."

"Perempuan tu mampos dulu, baru aku menyusul huh.."

"Eh kau jangan berani sentuh dia lagi. Sempat kau apa-apakan dia, aku tak akan teragak-agak nak bunuh kau!"

"Takutnya..aku nak kena buat apa ni hahahaha."

"Aku nak jumpa kau."

"Where?"

"Bagi alamat kau."

"Rasanya tak payahlah nak melawat rumah aku."

"Nak aku cari kau sampai lubang cacing ke sial!"

"Woo woo..rileks lah. Kita jumpa dekat ktm bangsar lama. Before 10.30pm, lambat seminit aku blah...lagi satu, kalau kau anak jantan sejati make sure kau datang sorang. Jangan bawa siapa-siapa, jangan bawa apa-apa alat untuk defend diri. Nak jumpa je kan, just jumpa. Aku tak nak fight fight. Faham?"

Tuttt

Panggilan dimatikan.

Sial kau Noah, matikan macam tu je.

DENDAMWhere stories live. Discover now