BAB 33

83 6 4
                                    

JARI telunjuk Peach tergerak-gerak sedikit, menunjukkan yang Peach sudah mulai sedar.

     "Peach.." tegur Sage lembut. Dengan riak wajahnya yang penuh dengan harapan Peach dalam keadaan stabil.

Mata Peach melilau ke kiri dan ke kanan.

"Sage.." halus saja suaranya memanggil.

"Ya Peach, aku kat sini."

Redup matanya memandang Sage. Rindu benar dia pada jejaka ni, ditambah pula dengan mimpi yang bermain dilenanya semalam. Entah petunjuk apa itu, Peach juga tidak pasti. Yang pasti semenjak mimpi semalam, sedar-sedar sekarang dia benar-benar melihat Sage dengan pandangan yang lain.

Bukan seperti selalu, pandangan menyampah, meluat, ego.

"Peach..kau okay? Nak air?"

Peach tersedar. Berkhayal pula minah ni.

Peach angguk sekali.

Sage menyuakan air mineral ke mulut Peach sambil tangan mengangkat sedikit kepala bagi memudahkan Peach minum.

"Dah bangun nak?" Mereka berdua di sapa Puan Sofea yang baru muncul dari muka pintu bersama Tuan Scout.

"Ma, pa, Tessa dah sedar," balas Sage sambil botol mineral diletak semula ke meja tepi katil Peach.

Peach hanya mengukir senyum.

"Peach, kenalkan ni mama de—"

"Nama makcik Sofea, panggil makcik jelah." Laju Puan Sofea memotong kata-kata Sage. Teruja dia mahu berkenalan dengan teman Sage ni. Teman perempuan pula tu.

Peach menghulur tangan untuk bersalaman.

"Nama saya Zatessa, panggil Tessa je makcik."

"Sedap nama kamu, macam orangnya." Puan Sofea cuba mengambil hati, tersenyum mereka berempat termasuk Tuan Scout yang sejak tadi hanya mendiamkan diri di belakang isterinya.

"Nama pakcik Scout, panggil pakcik ajelah." Giliran Tuan Scout pula memperkenalkan diri.

"Nama suami makcik ni pelik sikit, ada mix katakan hehehe," seloroh Puan Sofea lagi. Tuan Scout mencuit pinggang isterinya. Amboi kemain buat lawak dengan nama orang.

"Ehem ehem.." sengaja Sage berdehem, memberi isyarat buat mama dan papanya supaya beringat sikit. Orang tengah terlantar atas katil, mereka boleh ajak bergurau pula.

"Sorry, mama dengan papa aku memang happy go lucky orangnya. Harap kau tak kisahlah."

"Jangan amik hati Tessa ya, makcik dengan pakcik memang suka bergurau..oh ya tangan kamu dah okay ke Tessa?" laju Puan Sofea menukar topik, hampir lupa dia nak bertanya keadaan Peach.

"Okay cik, sakit sikit je." Peach berdalih. Mata dikerling ke Sage sekilas. Sikit? Sakit banyak ni, rasa macam dah nyawa-nyawa ikan dah.

"Tadi makcik dah tanya doktor, katanya insya-Allah esok kamu dah boleh keluar. Esok doktor akan cuci luka kamu ya," terang Puan Sofea bersungguh-sungguh. Nampak dimata tuanya ikhlas melayani Peach walaupun baru pertama kali bersua muka.

"Sayang, elok kita keluar dulu. Biar Sage yang tengok-tengokkan Tessa. Tessa pun masih sakit lagi tu, dia kena rehat. Nanti esok dah discaj kita borak lagi ya." Tuan Sage menarik lengan isterinya yang sejak tadi asyik pot pet pot pet. Tahu sajalah, Puan Sofea ni kalau diajak borak memang sampai ke malam kang.

"Dah jom jom, awak tu kalau berborak elok-elok Tessa tu nak sembuh tiba-tiba bertambah sakit pulak dengar awak membebel."

Tuan Scout mengerling ke arah anaknya, dan mengangguk kecil seperti mengerti dan memberi ruang buat Sage dengan Tessa untuk berdua. Tangan Puan Sofea ditarik lembut, dan berlalu keluar dari wad.

DENDAMWhere stories live. Discover now