BAB 35

65 8 4
                                    

SETELAH Peach dan Thia dibenarkan discaj. Thia memeluk Peach dengan erat, sebelum mengikut Caden menghantar dia ke rumah.

     "Jaga diri ya Peach, dengar cakap Tuan Sage kau tu. Jangan degil, jangan keras kepala, jangan berlagak macam boleh buat semuanya sendiri, bisiknya lembut di telinga Peach.

Peach hanya angguk kecil, tanda mengerti.

Perlahan-lahan pelukan dileraikan, Peach menggenggam tangan Thia kuat.

"Aku minta maaf, sebab aku kau jadi macam ni."

"No no no, jangan cakap macam tu,"

"Kau hampir mati se-"

Laju jari telunjuk Thia hinggap ke mulut Peach, kepala digeleng berkali-kali.

"Aku dah katakan, jangan cakap macam tu, jangan salahkan diri kau. Bukan kau yang minta semua ni terjadi, aku datang cari kau kat rumah sewa pun Allah yang gerakkan hati aku ni. Kau tak payah risau, sekarang yang penting kau selamat. Okay.." dielus lembut bahunya cuba untuk menenangkan Peach, dia tidak mahu Peach diselubungi rasa serba salah.

Kedengaran pintu wad dibuka dari luar, muncul sosok Caden di muka pintu.

"Cik Thia dah siap? Barang semua dah periksa ada yang tertinggal tak?" soal Caden, sudah bersedia untuk menghantar Thia pulang.

"Tak ada, semua dah kemas."

"Kalau macam tu, jom. Sage, aku dengan Eemir pergi hantar Cik Thia dulu ya."

Sage yang sejak tadi berdiri tidak jauh di belakang Peach hanya mengangguk kecil.

"Peach, aku pergi dulu eh. Ingat pesan aku, jaga diri.."

Thia mendekatkan wajah ke telinga Peach.

"Dengar cakap Tuan Sage..hehe." bisikan Thia, mengusik. Pecah tawa halus mereka berdua.

"Iyalah, kau pun baik-baik tau. Dah sampai nanti jangan lupa mesej aku."

Thia menggangguk dan berlalu pergi membontoti Caden dan hilang dari pandangan.

"Ehem..so cik Peach, kita dah boleh gerak ke?" Sage cuba berseloroh.

Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam wad. Tuan Scout dan Puan Sofea sudah terlebih dahulu pulang ke rumah katanya mahu menyediakan makan malam special buat Tessa dan Sage.

Peach menoleh kebelakang, mencari anak mata Sage yang sejak tadi setia menunggunya dibelakang.

Hanya anggukan kecil diberi berselang senyuman manis yang dihadiahkan buat Sage.

Sage yang melihat senyuman itu tidak keruan dibuatnya. Jantungnya berdebar semerta, pipinya terasa bahang. Aih apa kena dengan aku ni? Desis hatinya.

"Er..jom, kita dah lambat ni. Nanti mama dengan papa tunggu kita lama pulak," Sage terus meluru ke arah pintu, tidak tentu arah rasanya berdua di bilik dengan Peach. Tambah pula Peach merenungnya dengan senyuman manis. Ah boleh jadi gila aku dengan kau ni Peach.

Peach yang hanya berdiri setempat itu, mengerutkan dahi. "Mama? Papa?" bisiknya perlahan tidak kedengaran Sage. Kedengaran asing pula panggilan itu untuk Peach.

Mabuk tak mamat ni tiba-tiba saja nak kelam kabut.

"Aku tunggu kau kat luar,"

"Hm.."

"Lagi satu..lepas ni jangan senyum macam tu lagi depan aku."

Sempat Sage memberi pesan, sebelum melangkah keluar dari wad Peach.

"Ha?" Peach menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sah lah, mabuk ketum dia ni.

***

DENDAMWhere stories live. Discover now