TUBUH Nayra diangkat Noah. Lalu terus berlalu ke biliknya. Meninggalkan Sage sendirian di ruang tamu.
"No..ahhh!"
"Kau tunggu situ, kejap lagi aku datang. Aku nak belai-belai isteri kau jap," bilang Noah tanpa menoleh memandang Sage yang sudah bagai nak meletup wajahnya menahan marah dan geram.
"Dasar tak guna! Bangsat!"
Setiba di bilik, Noah mencampak tubuh Nayra dengan kasar ke atas katil.
Noah membongkokkan tubuh, melihat dengan lebih dekat muka Nayra yang kelihatan semakin pucat. Rambut Nayra yang dipotongnya kasar itu dibetulkan, diselak helai rambut yang menutupi wajah.
"Aku tak benci kau, tapi aku benci hati kau yang dah jatuh cinta pada Sage. Mudah betul kau bagi hati dekat dia. Dia bukan lelaki yang baik, dia jahat, percayalah. Once a villain always a villain dear, tapi itulah kalau aku cakap sampai berbuih mulut pun kau tak akan percaya," bisiknya di tepi telinga Nayra. Jarinya dimainkan di pipi mulus wanita itu.
Noah lantas berdiri, keluhan berat dilepaskan. Rambutnya yang serabai dikuak ke belakang menampakkan dahinya. Ligat otaknya merangka rencana, lepas ni apa pula? Nak bunuh dorang dua? Kerat 14? Terlampau banyak idea jahat sampaikan nak gila dibuatnya.
Noah mengorak langkah, berlalu keluar dari bilik. Kini kaki mengatur langkah ke ruang tamu, melihat abangnya pula.
"Noah..tolong aku Noah.." Sage yang sejak tadi mengerekot di lantai dengan badan masih terikat dengan kerusi, mulai terasa bisa-bisa di badan akibat terlalu lama didalam posisi yang sama.
Noah hanya memandang kosong.
"Noah, please.."
Masih diam.
"Badan aku dah sakit sangat ni, tolong betulkan duduk aku. Itu je aku mintak..tolong Noah.." rintih Sage. Anak mata tidak lepas memandang Noah yang tidak jauh darinya. Badannye betul-betul sakit sekarang.
Rengusan kasar dilepaskan Noah.
"Yang kau gatal jatuhkan diri kau tu kenapa? Menyusahkan orang betul.." Noah mengangkat tubuh kekar Sage. Nasib saja tubuhnya lebih kurang sama macam abangnya, jadi laratlah dia mengangkat tubuh Sage sendiri.
Setelah duduk Sage dibetulkan, Noah memandang sekilas kabinet televisyennya. Dia perasan, ada kurang satu pisau gillates yang dia letak atas kabinet.
Noah yang perasan akan itu hanya pura-pura tidak tahu. Senyum senget terlakar nipis. Kita tengok sejauh mana trick kau berjaya.
"Aku nak keluar kejap, kau duduk diam-diam kat sini. Bini kau ada kat dalam bilik aku, tengah sedap tidur. Maklumlah aku yang dodoikan dia tadi." Noah terus menghamburkan gelak sinis. Tersembur tawanya melihat wajah Sage yang bagai nak terkeluar biji mata.
"Kau buat apa dekat isteri aku? Kau..kau memang durjana Noah, kau memang tak guna..!" Terketar-ketar suara Sage lontarkan kata. Gigi diketap kuat, perasaan benci sekarang memenuhi setiap inci badannya. Setiap genap hatinya. Kalau dah geram, perasaan negatif semua datang satu per satu memagut jiwa.
"Bukan aku tapi ki...ta.."
Noah berdiri dihadapan Sage, matanya merenung anak mata Sage yang sedang mendongak menatapnya.
"Aku ulang. Ki..ta..Kita sama-sama durjana. Kita sama-sama tak guna. Cuma lain masa saja. Kau tak perlu nak tunding jari dekat aku sorang. Faham!" Kepala Sage ditunjal kasar. Geramnya Noah bukan kepalang, penumbuk dikepal. Siapa yang berlaku durjana dulu? Kalau bukan sebab perbuatan Sage dahulu, dia tak akan jadi macam ni.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...