BAB 28

57 8 0
                                    

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

     Melilau mata Sage melihat seorang demi seorang penumpang yang keluar dari balai ketibaan. Menunggu kepulangan ibu dan ayahnya membuatkan dia sedikit teruja. Rindu pada mama dan papanya bukan kepalang. Sudah 8 bulan tidak bersua muka.

Encik Scout sudah memberi pesanan buat Sage untuk menjemputnya dengan Puan Sofea apabila mereka tiba di lapangan terbang nanti.

"Mama.." laju Sage berlari memeluk ibunya. Rindu sangat dia terhadap sosok wanita yang bergelar ibu ni. Terus didakap tubuh tua itu erat-erat.

"Ya Allah Sage, rindunya mama dekat kamu. Kamu sihat? Makin kurus aje mama tengok," soal Puan Sofea setelah pelukan telerai.

"Papa, sihat pa?" Sage mencium tangan ayahnya pula dan memberikan pelukan erat buat ayahnya Encik Scout. Pelukan rindu.

"Ish mana ada ma, anak mama ni makin handsome tau. Boleh pulak cakap kita makin keding."

"Tengok tu, bila orang cakap ada je otak dia nak melawak. Mama serious ni, kenapa makin kurus Sage? Tak makan ke? Muka pun tak bermaya, kenapa sayang? Abang, tengok Sage ni bang." puas Puan Sofea menilik muka anaknya, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Dipicit-picit lengan Sage yang semakin mengecil.

"Dah dah, awak nak scan-scan dia kat rumah aje nanti. Jom kita pergi makan dulu, abang dah lapar, kamu dah makan belum Sage?" soal Encik Scout. Encik Scout juga perasan dengan penampilan anaknya yang semakin kurus ni.

"Belum pa, jom kita pergi dekat kereta dulu. Meh beg mama Sage bawakan." Beg bertukar tangan.

"Kita makan dekat restoran nasi campur yang dekat area sepang tu nak tak pa, ma?" soal Sage.

"Mama tak kisahlah Sage, mana-mana aje asalkan kenyang," balas Puan Sofea ringkas.

"Papa pun sama tak kisah, papa dengan mama ikut je. Papa nak borak-borak dengan kamu sebenarnya ni, mesti kamu banyak benda nak ceritakan?" tertawa kecil Encik Scout mengusik anak terunanya.

"Ish tahu je papa eh, iya pa Sage nak sembang projek juta-juta ni. Dapat tender baru lagi dengan tan sri megah holding," sakat Sage pula. Mengekek Puan Sofea dan Encik Scout ketawa dengan jenaka Sage.

*****

"SO, ada apa-apa yang kau nak jelaskan?" soal Thia sambil menyilang tangan. Sedikit tegang wajahnya.

"Kalau ye pun duduklah dulu, pelawa aku minum air ke apa ke.."

"Aku dengan Encik Bakar risaukan kau tahu. No, atleast kau call lah aku atau bagitau Encik Bakar yang kau dekat hospital ke dekat kebun apa ke. Hari-hari aku kena cover kerja kau. Aku straight minggu ni kerja masuk pagi tau Peach. Aku penat! Dah lah aku tak pernah tahu rumah kau ni kat ceruk mana. Kau tu tinggal sorang-sorang, kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana? Buatnya kena rogol, kena culik, organ kena jual, kau nak? Nak ke macam tu? Aku tanya ni," keluh Thia. Thia sudah masak dengan perangai Peach yang suka buat haluannya sendiri.

Sampaikan satu tahap, dia rasa macam mahu menengking sahaja Peach. Sudah penat dia nak menjaga hati kawannya yang keras kepala ni.

Peach tersentak dengan percakapan Thia yang agak lantang dan berbaur sinis. Ya Peach tahu salahnya tapi Peach tidak menyangka Thia akan berubah seperti ni. Thia tidak pernah meninggikan suara terhadapnya.

"Jawablah, asal kau diam?" sambung Thia lagi. Geramnya masih belum hilang.

Tertunduk Peach menekur lantai. "Kenapa kau marah-marah ni Thia?" soalan dibalas soalan.

DENDAMWhere stories live. Discover now