SERTA merta Sage menekan pedal brek setelah terlanggar seseorang yang muncul entah dari mana. Bercalar jalan tar akibat diseret tayar kereta.
Kepalanya terhantuk di stereng, tangannya terketar-ketar. Tidak pernah seumur hidupnya melanggar orang. Ini ke balasan keluar dari hospital senyap-senyap, sekarang tengok apa sudah jadi.
'Ya Allah! Siapa pulak yang nak bunuh diri malam-malam buta ni?' marah Sage di dalam kereta, cuba dikawal emosinya.
Walaupun kepalanya masih sakit akibat terhantuk dengan stereng, perut pula terasa sedikit mencucuk tetapi dia lebih memikirkan orang yang telah dilanggarnya. Sage gagahkan juga dirinya untuk keluar dari kereta dan bergegas memeriksa keadaan wanita tersebut. Wanita itu jatuh tersembam, nasib masih sedarkan diri. Mujurlah, tidak cedera parah.
"Cik, cik tak apa-apa?"
Seluruh tubuh Peach menggigil, kakinya terasa sedikit perit akibat terkena hentakan bumper kereta milik lelaki yang telah melanggarnya tadi.
Dahi dan sikunya pula terdapat sedikit luka dan calar dek kerana terseret sedikit ke jalan tar. Kenapalah kereta ini tidak hentam sahaja badan dia, biar dia mati malam ini juga. Sudah lelah hendak teruskan hidup.
"Sa-saya minta maaf cik sebab tak tengok kiri kanan sebelum melintas." Terketar-ketar suara Peach. Suara bercampur takut dan gementar.
Sage melutut dihadapan wanita itu dan membantu wanita itu untuk duduk. Risau kalau terjadi apa-apa kat anak orang.
"Eh no no, saya yang salah. Saya tadi pun bawa kereta sambil berkhayal, tak fokus. Saya bawa awak pergi klinik ya. Awak sorang aje ke? Nak pergi mana sebenarnya malam-malam ni? Bahaya kalau perempuan jalan sorang-sorang kat sini, jom sa—" Tidak sempat Sage menghabiskan kata-kata, tangannya turut terhenti membelek kaki Peach. Dia langsung terdiam apabila Peach mendongakkan kepala dan memandang tepat ke dalam bebola matanya. Wajah perempuan ni..
cantik.
Walaupun dari air muka wanita ini nampak seperti tidak bermaya dan tidak ada secalit bedak yang meriasi wajah tetapi tetap kelihatan manis. Sage bagai terpukau sebentar.
"Tak apa, tak perlu. Saya okay je, saya nak balik.." Peach bingkas bangun, dan terus pergi meninggalkan lelaki itu yang masih terpinga-pinga.
"Nanti cik, cik! Biar saya hantar cik balik!..Ish kenapa dia lari? Kena kejar dengan ah long ke?" Kaki Sage yang tadi melangkah beberapa tapak mengejar wanita itu, berhenti. Serta-merta.
Biarlah, dia yang jual mahal. Bukan aku yang tak nak tolong. Desis hatinya.
•❅───✧❅✦❅✧───❅•
TIBA di rumah, Peach langsung mengunci pintu. Dengan kaki yang terhincut-hincut Peach perlahan-lahan membawa diri ke dalam bilik, menahan sakit.
Nafasnya laju, dadanya berombak mencari udara untuk dihirup. Letih, setelah banyak tenaga yang digunakan untuk berlari dengan kaki yang tanpa sedar kian membengkak. Peach meringis kesakitan. Tubuhnya disandarkan ke dinding, lalu perlahan-lahan dirinya terduduk lemah. Lutut dibawa rapat ke badan dan Peach menekup muka sambil berpeluk tubuh.
"Lepas ni apa pulak? Cukuplah dah tak ada siapa-siapa untuk aku jadikan tempat bergantung." Mata mulai berkaca, kaki yang semakin berdenyut tidak dihiraukan lagi.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...