BAB 18

68 10 3
                                    

LAJU kereta yang dipandu Caden memecut memasuki perkarangan hospital. Keretanya di berhentikan di kawasan kecemasan. Sage bergegas keluar dari kereta, dan langsung menggendong tubuh Peach.

"Tolong..tolong saya misi.."

Caden juga berlari-lari anak menuju ke kaunter meminta bantuan dari misi yang sedang incharge di situ. Lalu dua orang misi datang membantu mereka, bergegas misi itu berlari mendapatkan katil usungan.

Sage terus meletakkan tubuh Peach ke atas usungan tersebut, misi memakaikan gas oksigen ke Peach bagi memudahkan Peach bernafas. Lalu terus ditolak katil usungan itu sehingga dihadapan wad kecemasan sambil dibantu oleh Caden dan Sage.

"Maaf encik, sampai sini sahaja ya. Encik tak boleh masuk. Sila tunggu di luar sehingga kami selesai merawat pesakit," arah jururawat tersebut dengan penuh hemah.

Misi kembali menutup rapat pintu wad, membuatkan hati Sage meronta-ronta untuk masuk. Lama Sage berdiri kaku dihadapan pintu wad itu. Dia mahu berada di sisi Peach sekarang, dia tidak mahu jauh dengan wanita itu. Dia tahu Peach sangat memerlukan dirinya waktu ni, walaupun Peach tidak sedar tetapi hatinya kuat mengatakan begitu.

Peach perlukan seseorang untuk memberinya semangat.

Peach..kau kena kuat, kau kena sedar. Aku kat sini setia tunggu kau. Bisik hatinya

"Sage, kita duduk dulu. Berapa lama kau nak berdiri kat depan pintu ni. Jom duduk sini." Caden memegang lembut kedua bahu Sage, diusap-usap belakang tubuh Sage bagi menenangkan sedikit gusar di hati temannya. Perlahan-lahan dia membawa Sage ke kerusi ruang menunggu. Dia tahu sekarang Sage masih terkejut dan masih tidak boleh terima kenyataan dengan apa yang telah terjadi. Dia harus menenangkan temannya, kalau bukan dia yang tenangkan siapa lagi yang mahu berbuat demikian.

"Sabar Sage, aku yakin dia baik-baik je. Dia kuat semangat tu, mudah-mudahan dia cepat sedarkan diri."

"Aku salah Caden, aku yang salah. Aku biarkan dia keluar malam sorang-sorang. Kalau aku tak tidur malam tu, mesti dia tak akan keluar pergi taman kat bawah sorang-sorangkan." Sage memukul-mukul kepalanya tanda kesal. Dia seakan membenci dirinya sekarang. Gara-gara dia, nyawa Peach hampir melayang malam ni. Nasiblah dia cepat sedar, kalau dia tidur mati tadi? Alamatnya, hilanglah nyawa wanita yang dia sayang.

Kau memang bodohlah Sage!

*****

BEBERAPA minit kemudian, Eemir pun tiba di ruang menunggu kecemasan. Meluru dia berlari mendapatkan dua orang temannya.

"Kau pergi mana? Baru sekarang muncul?" soal Caden sedikit geram. Lambat lima belas minit sedangkan dia menaiki motor sepatutnya Eemir yang sampai dulu dari mereka.

"Sorry, aku pergi cafe kejap tadi. Aku belikan air untuk korang dengan.."

Eemir terhenti sejenak. Matanya beralih memandang ke arah Sage yang sejak tadi menundukan kepalanya kebawah. Eemir menghela nafasnya, tidak enak rasanya melihat temannya dalam keadaan begitu.

Seperti orang mati bini, Eemir melihat Caden sekilas. Lalu dia kembali memandang Sage, dia mencangkung dihadapan temannya yang seorang itu. Plastik makanan diletakan di atas kerusi, tangannya memegang lembut lengan Sage. Cuba untuk memberi sedikit semangat.

DENDAMWhere stories live. Discover now