PAGI yang hening, mereka berempat Puan Sofea, Tuan Scout, Sage dan Peach berselera menjamu sarapan bersama. Sage juga turut cuti hari ni, offday yang dia rasakan hanya mahu duduk bersantai sahaja di rumah, meluangkan masa bersama keluarga dan Peach, dan menikmati roti bakar dan nasi goreng ikan masin yang terhidang di atas meja di pagi hari.
Ah seronoknya jika hari-hari begini. Makan bersama di dapur sambil bergurau senda.
"Mama dengan papa bila balik Australia semula?" Sage bersuara, memecah sunyi. Cuba berbasa-basi.
"InsyaAllah minggu depan, kenapa Sage?" balas Tuan Scout, ringkas. Lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
"Tak adalah pa, saja tanya."
"Sage."
"Yes ma?"
"Noah mana? Dari mama dengan papa sampai Malaysia pun, batang hidung pun tak nampak." soal Puan Sofea, bingung memikirkan ke mana hilangnya anak teruna lagi sorang.
Semerta Sage batuk. Batuk yang disangka kian reda tiba-tiba bertambah kuat pula.
"Tersedak ikan masinlah tu," ujar Tuan Scout.
"Siapa pula yang sebut-sebut nama kamu ni Sage? Minum air masak tu cepat." Orang dulu-dulu cakap kalau tersedak, maknanya ada orang sebut nama kita. Orang dululah, orang sekarang tak tahulah macam mana.
Sage yang sejak tadi berselera terus mati rasa tekaknya. Sekilas mata menangkap wajah Peach, kelihatan Peach juga turut tidak selesa mendengar sebaris nama, Noah.
"Sage pun tak tahulah ma Noah tinggal mana, rasanya tinggal dekat apartment area bangsar kot."
"Kamu masih tak bertegur ke Sage dengan Noah? Masih tak berbaik?" tanya Tuan Scout pula, ada sedikit rasa khawatir melihat hubungan dua beradik yang makin renggang ini.
Mahu berbaik macam mana? Mahu dipulihkan hubungan seperti apa? Sejak Sage di tingkatan 4, mama dan papa mulai sibuk dengan kerja. Syarikat yang dibina Tuan Scout kian berkembang sehingga mendapat tender di luar negara. Semenjak itu Tuan Scout dan Puan Sofea sudah jarang mengambil berat tentang dirinya dan Noah.
Sage dan Noah ditinggalkan berdua dan dijaga oleh pembantu rumah yang dahulu, mak cik dayang namanya. Setelah umur Sage dan Noah mencecah 23 tahun, mak cik dayang meminta untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung dengan niat ingin menjaga suaminya yang jatuh sakit akibat strok.
Tika itu, hanya tinggal Sage dan Noah sahaja berdua. Serumah, sebumbung.
Puan Sofea dan Tuan Scout tidak pernah tahu hubungan mereka sedingin apa, sejengkel apa, seberang apa. Hanya mereka dua sahaja tahu sisi gelap masing-masing. Tuan Scout dan Puan Sofea sangat kurang mengambil berat tentang mereka berdua, hanya dikirim wang ringgit sahaja setiap bulan, berharap itu cukup sebagai melunaskan tanggungjawab.
Tapi Sage tidak menyalahkan kedua ibu bapanya,
"Sage."
"Ya ma." Sage tersentak dari lamunan.
"Are you with me?" soal Puan Sofea.
"Tegur gitu-gitu jelah ma, mama nak jumpa Noah ke?"
"Kalau boleh nak jumpalah sebelum mama dengan papa balik Australia semula. Masa mama dekat sana pun, Noah tak pernah contact mama. Mama yang call dia adalah, itu pun tak dapat borak lama. Asyik busy saja katanya." Puan Sofea mengeluh berat.
Sage mengerling lagi Peach sekilas.
Peach hanya tunduk menekur pinggan, diam tidak membantah waima mahu menyampuk.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...