IKATAN tangan dan kaki Nayra dilepaskan.
"Diri," arah Noah. Dia tidak peduli Nayra larat atau tidak. Yang dia tahu, apa sahaja yang disuruh mereka berdua harus akur dan ikut segala perintahnya.
Lambat-lambat Nayra bangkit, pergelangan kaki dan tangannya merah dan ada sedikit kesan darah dek ikatan yang terlalu ketat.
"Amik ni." Noah menghulur sebilah gunting ke arah Nayra.
Nayra ambil tanpa banyak soal. Terketar-ketar tangannya menyambut. Takut, sekarang dia rasa mahu lari sahaja dari Noah.
"Kau berdiri kat tengah-tengah ni." Noah menolak tubuh kecil Nayra ke tengah ruang tamu. Lalu dia pula yang melabuhkan punggung di kerusi Nayra diikat tadi.
Nayra masih diam, buntu mahu berbuat apa. Hanya menunggu dan akur setiap satu arahan yang disuruh Noah. Nayra pasrah. Pasrah sepasrah-pasrahnya. Sage hanya mampu melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa.
"Aku nak kau potong rambut kau sekarang sampai pendek."
"Apa ni Noah? Kenapa nak suruh isteri aku buat benda yang macam tu?"
"Suka hati akulah, my games! my rules! Kau tak ada hak nak halang aku. Hey betina, potong rambut kau sekarang! Jangan nak buang masa aku!" Arah Noah, dengan kaki dan tangan disilangkan memeluk tubuh. Saling tak tumpah seperti raja yang menghukum hambanya.
"Sayang! Jangan sayang! Jangan dengar cakap dia..Campak gunting tu sayang.."
Nayra yang terpinga-pinga, hanya mampu menangis. Semakin kuat tangisnya, dia takut. Dia buntu. Entah arahan yang mana satu dia perlu dengar.
"Kalau kau tak nak potong, biar aku yang potong." Noah bangun dari duduknya, mendapatkan Nayra yang termangu di tengah ruang tamu.
"No..ah.." Tidak sempat Nayra nak berkata apa-apa, Noah terlebih dahulu menyambar gunting di tangan Nayra.
"Kau tak beranikan nak potong rambut kau sendiri, sini biar aku buatkan." Rambut Nayra direntap kuat, seraya merapatkan wajahnya ke pipi mulus Nayra. Kasar tangan Noah memagut dagu runcing milik Nayra dan dihalakan menghadap Sage.
"Kau tenung muka isteri kau ni puas-puas. Kau tilik wajah dia dalam-dalam sebelum aku kerat rambut panjang dia ni." Tangannya dimain-mainkan di rambut ikal mayang Nayra. Cantik. Didekatkan hidungnya ke rambut Nayra, dihidu untuk beberapa detik.
"Wangi.."
"Syaitan kau Noah! Kau lepaskam isteri aku!" Tengking Sage yang sudah naik geram. Ikatannya ditarik-tarik kuat hingga meninggalkan kesan merah dipergelangan tangan.
"Hahahaha aku nak potong rambut dia, aku nak simpan, lepas tu aku akan cium rambut dia bila aku nak tidur." Hujung gunting itu dimainkan di pipi Nayra.
Nayra hanya membatu.
Hanya mampu merayu untuk Noah hentikan perbuatannya, tetapi rayuan demi rayuan tidak langsung diendahkan Noah.
Air mata Nayra tidak henti-henti merembes keluar.
"Sayang..lari sayang!" Jerit Sage lagi. Sudah mati akal mahu melepaskan diri.
"Kau kena ikut cakap aku Nayra kalau kau nak suami kesayangan kau hidup lama. Kau ingkar kata-kata aku, aku tak akan teragak-agak bunuh suami kau." Bisik Noah di telinga Nayra, tapi cukup didengari Sage.
Nayra tiada jalan keluar. Kalau dia melawan, suaminya akan jadi mangsa. Kalau dia tidak melawan, dia yang kena tanggung. Tuhan, bantu aku.
"Dah dah, korang dua tak payah nak buat drama air mata sangat. Kau sini, aku nak kau melutut depan laki kau." Noah menolak tubuh Nayra sehingga Nayra melutut di hadapan Sage.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...