BAB 56

100 5 4
                                    

"AKU tak kira, kita kena buat police report jugak. 24 jam tak 24 jam, aku tak kira!" tegas Eemir yang semakin berderau darahnya sampai ke muka. Tali pinggang keledar dipakai segera.

Kalau tentang Sage, dia sangat ambil berat. Kawan susah senang, gelak tawa sama-sama kot! Sempat Noah apa-apakan Sage dan Nayra, memang tahulah nasibnya.

"Sabar Mir, bawak mengucap dulu. Sekarang kita doa banyak-banyak supaya Sage dengan Puan Nayra baik-baik je okay. So now kita gerak pergi balai then buat report dan.."

"follow koordinat tu," sambung Eemir.

Tegas.

Ringkas.

Terus memintas kata-kata Caden, wajah amarah bercampur geram sahaja yang melekat di wajah.

Caden disebelah hanya mengerling sekilas sebelum gear D dimasukkan dan stereng dipaut kemas lalu terus meluncur laju keretanya menuju ke destinasi.

Ke balai dan..

koordinat.

Ya, koordinat. Wajah Caden turut membahang, mungkin terkena tempias amarah si Eemir ni. Melihatkan wajah Eemir yang seperti penuh dendam, menyalurkan lagi rasa geram berbakul-bakul dalam diri.

"Aku yakin Den, aku yakin ni semua kerja Noah," jelas Eemir.

"Aku pun rasa macam tu jugak. Siapa lagi kan?"

"Tahulah nanti aku kerjakan si musibat tu." Eemir peluk tubuh, segala perasaan berkecamuk didalam hati.

"Entah apalah nasib Sage dengan Puan sekarang. Aku harap Noah tak buat kerja gila," sambung Caden pula.

"Aku tak akan maafkan dia kalau dia apa-apakan Sage dengan Puan. Aku tak akan pernah maafkan dia, aku sendiri yang akan heret dia masuk penjara. Sage was part of my life, we ara more than friends. Kita dah macam adik-beradik, aku anggap dia dah macam abang aku sendiri. Kita makan sama-sama, tidur sama-sama, kerja sama-sama, pergi holiday sama-sama. Aku tak boleh terima kalau dia apa-apakan Sage, Den. Aku tak boleh terima.." Ada serak dihujung suara Eemir. Cepat-cepat dibuang pandang ke tingkap.

Entah kenapa dia tiba-tiba sahaja emosi. Kalau ikutkan hati memang dia mahu lenyapkan Noah kat atas muka bumi ni. Biar dia kambus Noah tu dalam tanah, pakal sahaja masih ada secebis iman dalam hati.

Selesai membuat repot polis, Caden dan Eemir terus bergegas ke destinasi yang seterusnya. Kemana koordinat membawa mereka, mereka juga tidak tahu. Hanya berserah semuanya kepada Tuhan. Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku, itu sudah memadai.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

LANGKAH kakinya dilajukan. Hampir setiap bilik diperiksanya, hasilnya masih sama. Tiada lagi petunjuk, jangan cakap ini semua ulah Noah untuk melambatkan pencariannya.

Ah! Cepat fikir Sage, cepat! Nyawa isteri kau dalam bahaya. Kaki laju dihayunkan, cari tempat cari meski otak ligat memikir jalan keluar.

"Fikir Sage fikir! Fikir!" jerit Sage sendiri. Menabur rasa amarah keatas dirinya yang lambat bertindak, yang lambat mencari solusi, yang lambat menyusun setiap permainan Noah.

"Abang.."

Gamam.

Sage terkedu sebentar. Kakinya terpasung tidak berganjak. Suara tu, suara tu suara Nayra atau cuma halusinasinya. Ya Allah Nayra..

Sage memusingkan badan. Mencari punca suara tadi.

"Nayra!" Lantang suara Sage memanggil nama isterinya. Berharap ada keajaiban yang berlaku, berharap suara itu bukan sekadar halusinasinya semata, berharap ianya betul Nayra. Isterinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DENDAMWhere stories live. Discover now