TIDAK senang duduk Peach dibuatnya apabila Sage menatap wajahnya dengan mata tidak berkelip. Muka Peach sudahlah sembap, bila ditenung macam itu rasa insecure pula. Berbeza dengan wajah Sage yang kulitnya licin, putih, bersih, tidak ada cacat celanya langsung. Ah sudahlah Peach, tak payah nak buat scan-scan muka orang yang tak kenal ya.
Setelah beberapa saat mereka bertatapan..
Lelaki ni, lelaki ni yang tiada nombor kat tas dahi dia. Terdetik sesuatu didalam hati Peach. Kenapa dia seorang sahaja yang Peach tidak boleh nampak nombor jangka hayat di dahinya? Musykil.
"Dah lah, aku dah kenyang. Kau pun boleh balik, terima kasih sebab dah tolong aku malam ni." Peach meletakkan semula nasi bungkus yang dimakannya lalu dia terus bangun dan mengemas semua makanan yang ada di atas meja.
"Ala nanti kalau lelaki tu datang kacau kau lagi macam mana? Siapa nak tolong?"
"Lelaki tu tak tahulah aku tinggal kat sini," balas Peach ringkas. Malas hendak melayan mamat ni lebih-lebih.
"Kalau aku tumpang tidur kat sini boleh? Tidur kat dapur pun jadilah." Sage membuat muka kasihan, tapi bukan makin rasa kasihan tengok dia ni, makin rasa nak lempang laju-laju adalah. Ada sahaja dia punya mengada.
Apa kenalah dengan mamat ni, dah lah pelik lepas tu minta nak tidur kat rumah aku pula. Getus hati Peach tidak puas hati.
"Jangan merepeklah, tak akan aku nak bagi orang yang aku tak kenal tinggal dengan aku."
"Aku Sage, kau Peach. Kan dah kenal."
"Macam tu je? No way. Kita belum kenal rapatlah Sage, aku tak selesa." Peach berkeras juga mahu Sage keluar dari rumahnya. Tidak manislah kalau jiran pandang nanti.
"Aku nak jaga kau," luah Sage lembut. Dia ikhlas, dia langsung tiada niat jahat.
Terhenti sekejap Peach dari menyusun makanan-makanan yang dibeli Sage di peti sejuk. Apa maksud mamat ni? Lama Peach berdiri di hadapan peti sejuk itu. Dah macam patung dah, tegak saja. Otaknya ligat memikirkan apa yang disampaikan Sage sebentar tadi. Dia? Nak jaga aku? Dia siapa? Abang aku? Kawan baik? Teman lelaki? Memang taklah.
"Peach.." panggil Sage lagi.
"Em.."
"Kau dengar tak?"
"Takpe Sage, aku boleh jaga diri sendiri. Kau tak perlu risaukan aku ya." Peach mengukir senyuman buat Sage berharap dengan senyuman yang dibuat-buat ini mampu mengurangkan rasa risau dihati Sage. Ceh betul ke mamat tu risaukan dia. Entah-entah ada niat jahat lain. Manusia ni rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Perasan lah kau Peach.
"Okaylah kalau kau dah kata macam tu. Em tapi jap.."
Sage mengambil telefon bimbit milik Peach di atas meja, lalu di bukanya dan digeledah mencari bahagian contact. Setelah itu dia menaip nombor telefonnya sendiri dan terus menekan button "Call". Sage menelefon dirinya sendiri.
"Okay done, ni nombor telefon aku tau. Kalau ada masalah, call je."
Cis! Sesuka hati saja dia buka telefon orang. Peach hendak marah tetapi semua berlaku dengan sangat pantas. Tidak sempat nak kelip mata tahu-tahu sahaja mamat di hadapan dia ini dah siap melakukan kerjanya. Kerja menukar nombor telefon masing-masing. Eee! Geram.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...